Presiden MCA Wee Ka Siong tiba menghadap Agong
Hasimi Muhamad, Ridauddin Daud
Jun 10, 2021 12:30 MYT
Jun 10, 2021 12:30 MYT
KUALA LUMPUR: Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong tiba di Istana Negara bagi menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, hari ini.
Ka Siong yang juga Menteri Pengangkutan memasuki Istana Negara pada jam 11.50 pagi menaiki kenderaan jenis Toyota Vellfire berwarna putih.
Beliau tiba sebaik sahaja Timbalan Presiden Pas yang juga Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man meninggalkan Istana Negara pada jam 11.35 pagi.
Ahli Parlimen Ayer Hitam itu menjadi wakil pemimpin politik kedua yang menghadap Al-Sultan Abdullah pada Khamis.
Dijadualkan beberapa lagi ahli politik bakal menghadap Seri Paduka Baginda hari ini, antaranya Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Tun Dr Mahathir Mohamad.
Beliau yang juga bekas perdana menteri dijangka sembah maklum pada jam 2.30 petang disusuli Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal yang dijadual sembah maklum pada jam 3.30 petang.
#Wee Ka Siong
#menghadap Agong
#Vellfire
#Presiden MCA
#Yang di-Pertuan Agong
#Parti Warisan Sabah
#Mahathir Mohamad
#Shafie Apdal
#Tuan Ibrahim Tuan Man