Presiden ISMA cetus kontroversi dakwa PH keluar setem gereja

Hasimi Muhamad
Mei 17, 2019 12:24 MYT
Aminuddin mendakwa tindakan mengeluarkan setem tersebut selari dengan konsep Rahmatan Lil Alami (Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW itu merupakan rahmat untuk seluruh alam). - Sumber foto FB
Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) terus mencetuskan kontroversi apabila presidennya, Aminuddin Yahya mendakwa kerajaan Malaysia Baharu itu telah "mengeluarkan" setem dengan lakaran imej gereja.
Menerusi kenyataan di laman Facebook, Aminuddin mendakwa "tindakan mengeluarkan setem berkenaan selari dengan konsep Rahmatan Lil Alami (Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad S.A.W itu merupakan rahmat untuk seluruh alam)."
"Mungkin kita hendak menarik pelancong agaknya atau sudah habis idea untuk design apa. Jadi kalau ada orang luar label Malaysia sebagai negara Kristian esok, kita janganlah marah sebab memang kita dah 'potray'-kan demikian.
"Satu lagi bentuk 'buli' kepada umat Islam," demikian tulisnya dalam entri tersebut, pada Khamis.
Bagaimanapun, tindakan melulu Aminuddin itu menerima kecam hebat oleh pelbagai pihak termasuk Setiausaha Politik kepada Lim Kit Siang dan peguam, Syahredzan Johan.
Beliau turut berkata, "menurut Aminuddin Yahaya, Presiden Isma, Islam kini "DIBULI" sebab sekarang dah ada setem gambar gereja".

Menurut Aminuddin Yahaya, Presiden Isma, Islam kini DIBULI sebab.... ... sekarang dah ada setem gambar GEREJA. pic.twitter.com/n33Uk5kviC

— Syahredzan Johan (@syahredzan) May 17, 2019
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Reaksi pelbagai turut diluahkan oleh netizen yang mendakwa Aminuddin "kurang bijak" kerana tidak membuat semakan mengenai pengeluaran setem yang mempamerkan rumah ibadat di Malaysia.
Tinjauan Astro AWANI di laman sesawang Pos Malaysia, koleksi-koleksi setem berlatarkan gambar pelbagai rumah ibadat telah dikeluarkan sejak 21 November 2016 lagi dan ia dijual di pejabat pos di seluruh negara.
Koleksi setem berkenaan memaparkan lima imej rumah ibadat iaitu Masjid Kapitan Keling di Pulau Pinang, Gereja St Francis Xavier (Melaka), Tokong Tong Perak (Perak) serta Kuil Sri Kandaswamy Kovil dan Gurdwara Sahib Shapha, kedua-duanya di Kuala Lumpur.
Buat masa ini, pihak Astro AWANI sedang mendapatkan pengesahan dari pihak Pos Malaysia.
#dikecam #Facebook #Gereja St Francis Xavier #Gurdwara Sahib Shapha #Islam #ISMA #Kuil Sri Kandaswamy Kovil #Lim Kit Siang #Masjid Kapitan Keling #netizen #Pakatan Harapan #pos malaysia #rumah ibadat #Setem gereja #Tokong Tong Perak
;