Presiden Iran dan Menteri Luar terkorban dalam nahas helikopter: Malaysia ucap takziah

Bernama
Mei 20, 2024 17:58 MYT
Wisma Putra berkata kerajaan dan rakyat Malaysia menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga mangsa, rakyat Iran, dan semua yang terjejas dalam insiden tragis ini. - Foto AP
KUALA LUMPUR: Kerajaan Iran telah mengesahkan bahawa Presidennya, Ebrahim Raisi dan Menteri Luar Hossein Amirabdollahian, bersama semua penumpang lain di dalam helikopter, terkorban dalam nahas pada Ahad (19 Mei) kira-kira pukul 4.30 petang waktu tempatan.
Dalam satu kenyataan hari ini, Kementerian Luar (Wisma Putra) menyatakan bahawa helikopter berkenaan melakukan pendaratan kecemasan di Hutan Dizmar Tengah, antara Kampung Brazin dan Ardeshiri di Wilayah Azerbaijan Timur, semasa dalam penerbangan pulang ke Tehran.
Menurut kenyataan itu, terdahulu Presiden Iran telah pergi ke Wilayah Azerbaijan Timur untuk merasmikan empangan bersama Qizqalaasi di sempadan Sungai Aras bersama Presiden Azerbaijan.
[LAPOR LANGSUNG] Helikopter terhempas: Ebrahim Raisi, semua penumpang maut
Wisma Putra berkata kerajaan dan rakyat Malaysia menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga mangsa, rakyat Iran, dan semua yang terjejas dalam insiden tragis ini.
Ia juga berkata bahawa dalam saat kesedihan ini, Malaysia bersolidariti bersama Iran dengan ingatan serta doa kepada negara itu dalam masa yang sukar ini.
-- BERNAMA
#Presiden Iran #Ebrahim Raisi #maut nahas helikopter #Menteri Luar Iran #Hossein Amirabdollahian #Wisma Putra #ucapan takziah #Kementerian Luar
;