Presiden IPF Sambanthan meninggal dunia
Bernama
Oktober 15, 2019 05:52 MYT
Oktober 15, 2019 05:52 MYT
Presiden Barisan Kemajuan India Se-Malaysia (IPF) Senator Datuk M. Sambanthan meninggal dunia di sini malam tadi.
Mendiang berusia 54 tahun.
Anak mendiang yang kedua, Ganesh Kumar berkata ayahnya meninggal di Institut Jantung Negara (IJN) pada 11.35 malam kerana serangan jantung.
Upacara pengebumian akan berlangsung hari ini di rumahnya di Semenyih.
"Ayah saya telah dimasukkan ke IJN selama seminggu dan menjalani pembedahan pintasan pada Ahad lepas (13 Okt). Dia berada dalam keadaan normal dan nadinya pada kadar biasa.
"Tetapi tiba-tiba dia mengalami serangan jantung," katanya kepada Bernama ketika dihubungi malam tadi.
Sambanthan meninggalkan seorang isteri M Jayalakshmi, 52, dan tiga orang anak lelaki termasuk Ganesh dan seorang anak perempuan.
-- BERNAMA
#Ganesh Kumar
#IJN
#Institut Jantung Negara
#M Jayalakshmi
#M Sambanthan
#M Sambanthan meninggal dunia
#pembedahan pintasan
#Presiden Barisan Kemajuan India Se-Malaysia
#Presiden IPF
#serangan jantung