Presiden China akhiri lawatan ke Malaysia

Bernama
Oktober 5, 2013 17:01 MYT
Presiden China Xi Jinping hari ini mengakhiri lawatan negara selama tiga hari ke Malaysia.
Xi dan isteri Peng Liyuan serta delegasi lawatan berlepas ke Bali, Indonesia dari Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kira-kira 2 petang ini untuk menghadiri Mesyuarat Pemimpin Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) ke-21.
Hadir sama untuk mengucapkan selamat jalan kepada Xi ialah Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman dan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S.Subramaniam.
Terdahulu, Xi mengadakan pertemuan dengan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad di ibu negara.
Antara atur cara beliau sepanjang lawatan adalah mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, menghadiri jamuan negara bersama-sama Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah, menghadiri Sidang Kemuncak Ekonomi Malaysia-China dan bertemu masyarakat China dan komuniti Cina di Malaysia.
#Malaysia-China #Mesyuarat Pemimpin Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik #Presiden China Xi Jinping #Sidang Kemuncak APEC
;