Presiden Afrika Selatan lawat Malaysia

Tunku Nashrul Tunku Abaidah
Ogos 26, 2013 12:19 MYT
Presiden Afrika Selatan Jacob Zuma diberi sambutan Rasmi di Dataran Perdana sempena lawatan tiga hari ke Malaysia.
Beliau yang tiba pada jam 10 pagi disambut Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Presiden Afrika Selatan itu kemudian memeriksa kawalan kehormat yang terdiri daripada 105 anggota dan pegawai Batalion 1 Rejimen Askar Melayu Diraja.
Selepas majlis itu kedua-dua pemimpin mengadakan pertemua empat mata diikuti mesyuarat dua hala yang turut dihadiri beberapa menteri kabinet kedua-dua negara.
Selain itu mereka juga turut menyaksikan majlis menandatangani memorandum persefahaman dalam kerjasama Automasi Antara MIGHT Autokeen Sdn Bhd dan Jendamark Automation di Bilik Mesyuarat Perdana.
Ini merupakan lawatan kali keempat Zuma ke Malaysia selepas 1999, 2002 dan 2003.
Lawatan ini dilihat bakal mempereratkan hubungan dua hala yang sedia terjalin antara Malaysia dan Afrika Selatan.
Ikuti video yang disediakan.
#Afrika Selatan #Jacob Zuma #Najib Tun Razak
;