GERIK: Pusat perniagaan berasaskan keindahan tasik dan alam semula jadi, Premium Outlet Perak di Batu Gajah yang sepatutnya dibuka pada hujung tahun 2020, dijangka beroperasi sebaik selesai persiapan akhir.
Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad berkata pihaknya dimaklumkan pembukaan gedung beli-belah berkonsepkan alam semula jadi yang diberi nama 'Silverlake Brand Village Outlet' itu, akan dibuat secepat mungkin sekali gus menjadi destinasi baharu pelancongan di Lembah Kinta.
"Ini merupakan projek swasta dan tidak boleh dipaksa bila hendak dibuka, tetapi apa yang dilaporkan kepada saya semasa hadir ke tempat itu, mereka sebolehnya ingin segera bermula tetapi mungkin masih ada persiapan terakhir.
"Ia termasuk permohonan kepada Jabatan Kerja Raya supaya meluaskan jalan masuk, jadi kami akan berkolaborasi dengan mereka kerana lagi cepat dibuka lebih baik termasuk kepada peniaga lain," katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan penanaman permulaan Ladang Durian Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak (PPPNP) di Ladang Ayer Kala, Lenggong di sini, hari ini.
Baru-baru ini, gedung perniagaan di kawasan seluas 13.35 hektar itu yang secara fizikalnya telah siap dibina tetapi masih belum dibuka kepada umum hingga kini, menimbulkan tanda tanya dalam kalangan warga Perak.
Dalam perkembangan lain, Saarani berkata berdasarkan data dikeluarkan Jabatan Pertanian negeri, sepanjang tahun lepas Perak telah mengeksport hasil pengeluaran durian dalam bentuk produk tanaman segar dan proses ke empat negara iaitu Australia, China, Hong Kong dan New Zealand.
"Keseluruhan eksport melibatkan empat negara ini menerusi produk tanaman segar adalah 416,700 kilogram (kg), manakala produk proses pula sekitar 98,265kg.
"Daripada dapatan ini membuktikan potensi eksport durian sejuk beku ke pasaran berkenaan amat besar dan peluang seumpama ini harus diteroka serta digunakan sebaiknya oleh PPPNP dan pengusaha durian di Perak bagi mengoptimumkan pendapatan," katanya.
Menurutnya PPPNP juga merancang untuk melaksanakan pembangunan projek penanaman durian di beberapa ladang miliknya di seluruh negeri, membabitkan keluasan sekitar 628 hektar dan anggaran kos RM44.41 juta pada tahun ini, dengan antara varieti utama durian yang akan ditanam seperti Musang King, Duri Hitam dan D99.
Dalam pada itu, Saarani berkata 107 lokasi bazar Ramadan bakal beroperasi di seluruh Perak membabitkan 5,589 tapak gerai bermula esok, dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan bagi mengelakkan penularan COVID-19.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Apr 02 2022
![Premium Outlet di Batu Gajah akan dibuka selepas selesai persiapan akhir Premium Outlet di Batu Gajah akan dibuka selepas selesai persiapan akhir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/71646309238_TBSaarani.jpg)
Saarani berkata, pihaknya dimaklumkan pembukaan gedung beli-belah berkonsepkan alam semula jadi yang diberi nama 'Silverlake Brand Village Outlet' itu, akan dibuat secepat mungkin. - Gambar fail
Tumpuan Jumaat – 14 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (13 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Dialog Tiga Penjuru: Tangani persepsi rasuah dalam kalangan peniaga untuk baiki skor CPI
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki dan Presiden Transparency International Malaysia (TI-M), Dr. Muhammad Mohan memberi penekanan menangani persepsi rasuah dalam kalangan peniaga untuk memperbaiki skor Indeks Persepsi Rasuah (CPI). #DialogTigaPenjuru
Dialog Tiga Penjuru: Segerakan RUU Pendanaan Politik, mula dengan skop lebih kecil – Azam Baki
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berkata undang-undang berkaitan pendanaan politik perlu disegerakan dengan tumpuan awal diberikan kepada pendanaan kempen pilihan raya. Jelasnya, penguatkuasaan undang-undang ini adalah ideal ketika ini memandangkan beberpa siri pilihan raya akan bermula tidak lama lagi. #DialogTigaPenjuru
Dialog Tiga Penjuru: Kurang transaksi fizikal, kurang risiko rasuah
Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki sepakat bahawa mengurangkan transaksi fizikal di kaunter perkhidmatan awam akan mengurangkan risiko rasuah. #DialogTigaPenjuru
Dialog Tiga Penjuru: Indeks Persepsi Rasuah: SPRM akan lebih terbuka, MPC akan ambil tindakan
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berkata pihaknya akan memastikan agensinya lebih terbuka dan telus dalam melaporkan sebarang siasatan yang dijalankan. Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dan Presiden Transparency International Malaysia (TI-M), Dr. Muhammad Mohan seterusnya mencadangkan agar Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) yang merupakan sebahagian sumber survei CPI agar mengambil tindakan sewajarnya. #DialogTigaPenjuru
Korea Selatan larang 'power bank' di ruang penyimpanan atas
Penumpang yang melakukan perjalanan dengan syarikat penerbangan Korea Selatan tidak lagi dibenarkan menyimpan bateri mudah alih (power bank) dan rokok elektronik di dalam ruang penyimpanan atas mulai bulan depan.
260 mangsa pekerjaan scam di Myanmar berjaya diselamatkan
Kumpulan tentera etnik Karen (Democratic Karen Buddhist DKBA) pada Rabu menyerahkan 260 individu pelbagai kewarganegaraan dipercayai menjadi mangsa penipuan pekerjaan dalam operasi scam di Myanmar. Trak-trak yang membawa kumpulan individu yang terlibat dalam pekerjaan secara paksa itu dilihat menyeberang ke sempadan Thailand dari Myanmar.
Empat maut akibat letupan di medan selera Taiwan
Empat terkorban manakala lapan yang lain cedera dalam insiden letupan di sebuah kedai di Taiwan. Menurut kenyataan bomba Taichung, letupan berlaku di medan selera di sebuah kedai yang terletak di tingkat 12 bangunan.
Suspek rempuhan perlu dihukum, dilarang memasuki Jerman
Suspek yang menjadi dalang rempuhan kereta di Munich perlu dihukum dan dibuang negara kata Canselor Jerman, Olaf Scholz.
!['Premium Outlet' bakal diwujudkan di semua daerah bantu usahawan desa 'Premium Outlet' bakal diwujudkan di semua daerah bantu usahawan desa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-04/41492861499_LenggongIsmailSab.jpg)
'Premium Outlet' bakal diwujudkan di semua daerah bantu usahawan desa
KKLW akan wujudkan pusat jualan atau 'Premium Outlet' di setiap daerah dalam usaha membantu usahawan desa memasarkan produk mereka.