KUALA LUMPUR: Semua premis atau lokasi yang disenaraikan dalam sistem amaran awal iaitu Hotspots Identification for Dynamic Engagement (HIDE) bukanlah suatu kluster yang telah disahkan sebagai kluster penyebaran COVID-19.
Sebaliknya, Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Khairy Jamaluddin berkata semua premis yang disenaraikan itu adalah premis berpotensi menjadi kluster sekiranya tiada tindakan awalan diambil.
"Premis yang tersenarai di bawah HIDE adalah berbeza daripada senarai kluster yang dilaporkan setiap hari oleh Ketua Pengarah Kesihatan. Premis yang tersenarai dalam HIDE tidak perlu ditutup kecuali jika diarahkan pihak berkuasa.
"Penyenaraian lokasi dan premis ini membolehkan intervensi awalan (preemptive) dan tindakan wajar diambil oleh pihak berkuasa, pemilik premis serta orang ramai bagi mengelakkan berlakunya kluster baharu," katanya dalam kenyataan hari ini.
Baru-baru ini, Khairy mengumumkan kerajaan bersetuju menyenaraikan semua premis yang mempunyai risiko penularan COVID-19 dalam sistem HIDE bermula semalam.
Sistem HIDE, dibangunkan bersama oleh Bank Negara Malaysia dan Kementerian Kesihatan, bertujuan memberi amaran awal dalam mencegah peningkatan jangkitan COVID-19 dengan menggunakan data daripada aplikasi MySejahtera.
Khairy, yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, berkata tempoh tujuh hari pertama bagi premis yang disenaraikan dalam HIDE adalah penting kerana kluster boleh terbentuk dalam tempoh itu sekiranya tiada langkah-langkah pencegahan dilaksanakan.
Menurutnya, tindakan awalan seperti kawalan pergerakan orang ramai dan ujian saringan COVID-19 ke atas pekerja adalah langkah terbaik bagi menghalang penularan COVID-19.
"Sekiranya tiada titik panas terbentuk di premis hasil tindakan awalan yang dilaksanakan, premis akan dikeluarkan daripada senarai HIDE dalam tempoh tujuh hari selepas disenaraikan. Senarai premis yang telah dikeluarkan daripada HIDE akan diterbitkan secara harian.
"Bagaimanapun, sesebuah premis berkemungkinan akan disenaraikan dalam HIDE lebih daripada sekali. Ini menandakan tindakan kawalan di premis itu adalah tidak mencukupi. Premis yang sentiasa dikunjungi ramai, sesak serta tanpa sistem pengudaraan yang baik adalah berisiko tinggi untuk tersenarai lebih daripada sekali," katanya.
BACA: COVID-19: Jauhi lokasi, premis berisiko tinggi dalam HIDE - Khairy
Beliau turut menasihatkan orang ramai supaya menangguhkan kunjungan ke lokasi atau premis yang telah disenaraikan, namun sekiranya masih perlu mengunjungi premis tersebut, patuhi garis panduan yang telah ditetapkan serta sentiasa mengamalkan budaya normal baharu.
Berdasarkan senarai yang dikeluarkan, jumlah premis tertinggi yang diletakkan sebagai 'hotspot' adalah di Kuala Lumpur, diikuti Selangor, Johor, Pulau Pinang, Sarawak, Sabah, Putrajaya, Perak, Kelantan, Negeri Sembilan dan Melaka.
Senarai penuh boleh didapati menerusi laman sesawang Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (Mosti), Telegram Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Facebook Public Health Malaysia.
-- BERNAMA
Bernama
Sat May 08 2021

Premis yang tersenarai di bawah HIDE berbeza daripada senarai kluster yang dilaporkan setiap hari oleh Ketua Pengarah Kesihatan, ia tidak perlu ditutup kecuali jika diarahkan pihak berkuasa. - Gambar hiasan

Malaysia selaku Pengerusi ASEAN utamakan usaha damai di selatan Thailand - Thaksin
Thaksin berkata lawatannya ke selatan Thailand susulan perbincangan beliau dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, baru-baru ini.

Polis buka 15 kertas siasatan penipuan pelaburan saham didalangi 'Datuk'
Dalam tempoh 19 Jan hingga Khamis lepas, pihaknya menerima 32 laporan membabitkan kes berkenaan yang melibatkan sebuah syarikat dengan kerugian lebih RM1.3 juta.
Penindasan etnik Rohingya ujian kredibiliti ASEAN
Bekas Menteri Luar, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata sebagai Pengerusi ASEAN pada tahun ini, peranan Malaysia datang dengan harapan dan jangkaan yang tinggi dalam mencari penyelesaian kepada krisis tersebut.

KKM sedia bekerjasama tangani peningkatan CKD
KKM alu-alukan pandangan semua pihak sama ada NGO, swasta mahupun agensi kerajaan berkaitan untuk menghasilkan inisiatif yang berkesan.
Kerajaan tidak campur urusan penguatkuasa
Anwar menegaskan kerajaan tidak mencampuri urusan badan penguat kuasa dalam mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak.

Ismail Sabri masih perlu pemantauan rapi doktor
Ismail Sabri dilaporkan telah sedar sepenuhnya petang semalam namun masih memerlukan pemerhatian rapi daripada doktor.
Australia umum USD5.4 bilion untuk Medicare
Perdana Menteri Australia Anthony Albanese mengumumkan suntikan dana tambahan bernilai USD5.4 bilion bagi memperkukuh sistem penjagaan kesihatan negara, dengan tujuan menampung lebih banyak kos lawatan ke doktor, lapor Xinhua.
![[KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia [KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71740286728_Renewableenergy.jpg)
[KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia
Malaysia telah mencapai 28 peratus dalam campuran bahan api setakat Oktober 2024.
Lebih 18,000 orang berhimpun di Istana Maharaja Jepun raikan hari keputeraan
Lebih 18,000 orang berhimpun dalam cuaca sejuk di Istana Maharaja Jepun bagi meraikan hari keputeraan Maharaja Naruhito.

FAMA tingkat 30 peratus bekalan kelapa di seluruh negara
FAMA membawa masuk sejumlah 640 metrik tan kelapa dengan peningkatan 30 peratus yang diimport termasuk dari Indonesia.

Kedai makan, serbaneka di Kuala Lumpur boleh beroperasi hingga 2 pagi
Kedai makan dan kedai serbaneka di bawah seliaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dibenarkan beroperasi sehingga pukul 2 pagi mulai Isnin.

25 premis tidak patuh SOP diberi amaran - Ismail Sabri
Sebanyak 25 premis diberi amaran kerana tidak patuh Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan.

35 premis diberi nasihat, satu diberi amaran tidak patuh SOP - Ismail Sabri
35 premis diberi nasihat manakala satu premis diberi amaran kerana tidak patuh Prosedur Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).