SIBU: Tempat bersejarah di Sibu seperti Muzium Hospital Lau King Howe dan Dataran Tun Tuanku Bujang perlu dihubungkan antara satu sama lain menerusi jaringan Jejak Warisan bagi membantu menarik lebih ramai pelancong ke bandar itu, yang terletak di tengah-tengah Sarawak.
Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata jaringan Jejak Warisan ini juga boleh dihubungkan dengan kawasan riadah dan tumpuan ramai lain yang berdekatan seperti Taman Rimba Bukit Lima di sini.
"Sibu mempunyai warisan dan latar belakang yang akan dipertahan dan saya percaya Kementerian Pelancongan (Industri Kreatif dan Seni Persembahan) Sarawak akan mewujudkan jejak warisan (di sini)," katanya ketika berucap merasmikan penutupan Pesta Kebudayaan Borneo 2022 di sini malam ini.
Abang Johari berkata selain infrastruktur pelancongan, pelan pembangunan semula bandar Sibu perlu mengambil kira kaedah bagi mengawal banjir yang sering berlaku dan inilah yang menyebabkan beliau mencadangkan supaya terusan-terusan dibina seperti di Amsterdam, Belanda.
"Oleh sebab itulah saya secara terbuka (dalam lawatan ke Sibu sebelum ini) menyatakan bahawa Sibu pada suatu masa nanti berkemungkinan menjadi seperti Amsterdam," katanya.
Beliau turut menekankan tiga perkara ke arah memastikan Sibu menjadi tarikan pelancongan pada masa akan datang iaitu penguasaan bahasa lain di samping Bahasa Melayu, teknologi interaktif bagi mempromosi produk pelancongan dan penggunaan sistem pembayaran yang diterima seluruh dunia.
Abang Johari juga memuji kejayaan Majlis Perbandaran Sibu menganjurkan pesta itu yang saban tahun menunjukkan peningkatan dari segi kualiti.
Terdahulu, ketibaan Premier Sarawak itu ke majlis yang berlangsung di Dataran Tun Tuanku Bujang dalam keadaan hujan lebat, telah disambut dengan sorakan daripada pengendali gerai makan.
Cuaca hujan juga tidak menghalang orang ramai hadir ke venue sambutan bagi menyaksikan pelbagai pertunjukan kebudayaan masyarakat berbilang kaum di Sibu.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jul 23 2022

Abang Johari berkata selain infrastruktur pelancongan, pelan pembangunan semula bandar Sibu perlu mengambil kira kaedah bagi mengawal banjir yang sering berlaku. - Gambar fail/BERNAMA

Jenazah Hud Aryan selamat dikebumikan di Tanah Merah
Suasana pilu menyelubungi pekarangan tanah perkuburan apabila hampir 100 orang termasuk ahli keluarga dan penduduk kampung mengiringi perjalanan terakhir anak tunggal itu.

Caj kesesakan, inisiatif angkat martabat penghibur jalanan antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Soalan berhubung inisiatif DBKL mengangkat martabat penghibur jalanan di ibu negara diajukan Prabakaran kepada Perdana Menteri.

RUU MMM 2024: Pencapaian bersejarah untuk kebebasan media, etika - MPI
RUU Majlis Media Malaysia 2024 yang diluluskan pada Rabu merupakan satu pencapaian penting dalam landskap media Malaysia, selepas lebih 50 tahun perbincangan dan rundingan.

Kerana cinta ditolak, lelaki serang dan ugut bunuh pengawal keselamatan wanita
Suspek datang ke pondok pengawal keselamatan tempat mangsa bekerja untuk meluahkan perasaan cinta kepadanya, namun, hasrat itu ditolak oleh mangsa.
Agong tiba di Brunei sempena lawatan khas
Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, berangkat tiba di Bandar Seri Begawan, Brunei sempena lawatan khas pada Khamis.

Michelle Trachtenberg meninggal dunia
Pelakon Hollywood, Michelle Trachtenberg dilaporkan meninggal dunia pada usia 39 tahun di apartmentnya di Manhattan.
DBKL pertimbang senarai hitam, batal lesen peniaga jual tapak Bazar Ramadan
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mempertimbangkan untuk mengenakan tindakan pembatalan lesen dan menyenarai hitam mana-mana peniaga yang didapati menjual tapak sewaan Bazar Ramadan kepada pihak ketiga.
Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa berkata tindakan yang sama mungkin dikenakan kepada pihak ketiga yang menyewa tapak sewaan daripada penerima lesen tersebut.
Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa berkata tindakan yang sama mungkin dikenakan kepada pihak ketiga yang menyewa tapak sewaan daripada penerima lesen tersebut.
RUU MMM: Dijangka dapat diwujudkan seawal pertengahan tahun ini
Majlis Media Malaysia (MMM) yang diluluskan Dewan Rakyat hari ini dijangka dapat diwujudkan dan memainkan peranannya bermula pertengahan tahun ini.
Sidang Parlimen: Caj kesesakan, inisiatif angkat martabat penghibur jalanan antara tumpuan hari ini
Pelaksanaan caj kesesakan dan inisiatif mengangkat martabat penghibur jalanan di ibu negara dijangka menjadi tumpuan persidangan Dewan Rakyat hari ini.
Kesihatan: Kanak-kanak maut akibat campak, kes pertama di A.S dalam sedekad
Seorang kanak-kanak di Texas Barat, meninggal dunia akibat campak, menjadikannya kematian pertama akibat penyakit berjangkit itu di Amerika Syarikat dalam tempoh sedekad.

DBKL kenal pasti tapak, bangunan jadi 'spot' Jejak Warisan KL
Kawasan tersebut merupakan bangunan dan tapak yang dijadikan 'spot' dalam jajaran pejalan kaki Jejak Warisan Kuala Lumpur.

Berjalan kaki di Kuala Lumpur sambil dalami budaya dan sejarah
Empat laluan Jejak Warisan, Kebudayaan dan Alam berpemandu pelancong telah direka secara kreatif oleh Biro Pelancongan Kuala Lumpur (KLTB).