#PrayForPantaiTimur antara yang trending, rakyat Malaysia terus bersatu
Syafique Shuib
Disember 27, 2014 19:57 MYT
Disember 27, 2014 19:57 MYT
Selain media nasional, media sosial turut menjadi platform penting untuk menyebarkan maklumat dan gambar terkini tentang situasi banjir di Pantai Timur.
Hashtag seperti #PrayForPantaiTimur, #BanjirKelantan, dan #MyBanjir terus trending untuk memberikan maklumat terkini.
Menerusi maklumat dan gambar yang dikongsi, jelas kelihatan keprihatinan rakyat Malaysia yang sedia membantu.
Ada yang memuat naik gambar-gambar bantuan yang bakal disalurkan dan ada juga memuat naik maklumat-maklumat dimana hendak salurkan bantuan mereka:
Ada juga yang kongsi pengalaman sebagai sukarelawan:
Sementara itu, Tesco Malaysia dengan kerjasama Astro Kasih melancarkan Program Misi Bantuan Kemanusiaan bagi mengumpul sumbangan bekalan makanan serta keperluan asas untuk membantu mangsa banjir di pantai timur.
Orang ramai boleh menghulurkan bantuan dengan meletakkan sumbangan bekalan masing-masing di tempat khas yang tersedia di pasaraya Tesco dan Tesco Extra di seluruh negara pada bila-bila masa bermula 27 Disember 2014 hingga 1 Januari 2015.