Prasarana perlu menilai semula operasi LRT - PM

Mariah Ahmad
September 13, 2016 21:36 MYT
Keadaan sesak di sebuah stesen LRT akibat berlaku gangguan jadual perkhidmatan. - Gambar fail
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengarahkan Kumpulan Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) untuk menilai semula operasi Transit Aliran Ringan (LRT) berkenaan bagi mengukuhkan Piawaian Prosedur Operasi.
Beliau juga berkata 15 buah pencawang tenaga elektrik sepanjang laluan LRT Kelana Jaya perlu dinaik taraf serta-merta.
Jelasnya, penaiktarafan itu perlu itu bagi memastikan sistem elektrik dapat dipanjangkan hayatnya, selain bagi memastikan kapasiti yang mencukupi bagi menampung permintaan yang semakin meningkat.
BACA: Rapid Rail perlu semak semula SOP, minimumkan kerosakan perkhidmatan LRT
Dalam satu kenyataan hari ini, Datuk Seri Najib turut mengarahkan Prasarana untuk melantik penilai teknikal bebas untuk melaksanakan penilaian terperinci keseluruhan sistem yang ada, memandangkan laluan LRT kelana jaya telah beroperasi hampir 20 tahun.

Saya telah berbincang dgn @MyRapidKL & @SPADchannel berkenaan gangguan prkhidmatan LRT laluan KelanaJaya yg brlaku https://t.co/6rJGPiIT9d

— Mohd Najib Tun Razak (@NajibRazak) September 13, 2016
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
“Penilaian ini adalah untuk mengenal pasti risiko, dan langkah-langkah untuk mengenal pasti risiko tersebut selain menyediakan perancangan bagi sistem gantian bagi-bagi sistem-sistem kritikal," katanya.
Dalam kenyataan sama, beliau berkata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Prasarana, Datuk Azmi Abdul Aziz turut membentangkan hasil siasatan awal gangguan perkhidmatan pada 7 dan 9 September lalu berpunca daripda bekalan elektrik yang terputus.
BACA: Perkhidmatan LRT terjejas, pengguna 'berang' terkandas beberapa jam
Selain itu, beliau juga berkata Prasarana akan memperkenalkan gerabak-gerabak kereta api yang baharu untuk Laluan Kelana Jaya secara berperingkat menjelang November 2016.
Dengan langkah-langkah segera yang telah diarahkan ini, Datuk Seri Najib berharap Prasarana dan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dapat mengatasi masalah pengguna-pengguna LRT, sejajar dengan aspirasi kerajaan untuk menjadikan pengangkutan awam sebagai pilihan utama rakyat.
#LRT #Najib Tun Razak #prasarana #Transit Aliran Ringan
;