PR1MA janjikan 25,500 unit rumah mampu milik

Astro Awani
Februari 13, 2013 08:29 MYT
Di sebuah majlis berasingan, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pembinaaan 25,500 unit rumah mampu milik menerusi projek Perumahan Rakyat 1Malaysia, PR1MA.
Najib berkata, “Kerjasama di antara PR1MA dengan pemaju-pemaju tersebut akan menghasilkan pembinaan 15,500 unit perumahan mampu milik disekitar Johor Bahru khususnya di Vision City Waterfront Perling Plentong, Masai dan Pasir Gudang, disamping itu PR1MA akan turut membangunkan sebanyak 10,000 unit kediaman mampu milik diatas tanak kerajaan persekutuan di Tampoi yang punyai keluasan sebesar 200 ekar, maka bila kita campur kedua-dua inisiatif ini, maka rakyat Johor akan berpeluang untuk memiliki kediaman sendiri apabila sejumlah 25,500 kediaman mampu milik siap dibina oleh PR1MA dan pemaju-pemaju dari sektor swasta dalam masa lebih kurang tiga tahun akan datang, tuan-tuan dan puan-puan itulah hasrat kita bermula dengan 201 unit pada hari ini, ini permulaan kepada 25,500 unit yang kita akan laksanakan kerana kerajaan yang ada hari ini sudahpun terkenal dengan imej dengan janji ditepati"
Jelas Najib, projek berkenaan membuktikan kerajaan komited memenuhi keperluan rakyat untuk menduduki rumah yang selesa dan berkualiti.
Rumah mampu milik akan dijual dengan harga permulaan RM 199 ribu seunit berbanding harga pasaran RM 250 ribu.
15,500 unit rumah akan dibina di Plentong, Perling dan Pasir Gudang.
Manakala baki 10,000 unit lagi akan dibina di Tampoi.
Pengumuman dibuat ketika Perdana Menteri menghadiri majlis cabutan undi projek perumahan Nusantara di Kulaijaya.
#Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak #perumahan rakyat 1malaysia #PR1MA
;