PR1MA disambut baik masyarakat Johor
Astro Awani
Februari 24, 2013 11:16 MYT
Februari 24, 2013 11:16 MYT
Masyarakat Johor menyambut baik Projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) di Johor yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak baru-baru ini.
Mereka menyifatkannya sebagai langkah wajar dan tepat ketika nilai hartanah semakin meningkat sehingga kurang mampu dimiliki golongan berpendapatan rendah dan sederhana.
Mereka berpendapat projek rumah mampu milik akan menyelesaikan masalah sebahagian penduduk untuk memiliki rumah sendiri.
Ikuti laporan disediakan Astro Awani.