PR1MA akan serah 600 unit pertama rumah mampu milik menjelang akhir tahun

Bernama
Januari 23, 2015 08:40 MYT
PR1MA akan serah 600 unit pertama rumah mampu milik menjelang akhir tahun - Gambar fail
Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA), yang membantu mereka yang berpendapatan sederhana memiliki kediaman sendiri, dijangka menyerahkan 600 unit pertama rumah mampu miliknya menjelang akhir tahun ini.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Abdul Mutalib Alias, berkata projek itu masing-masing membabitkan projek 300 unit kediaman di Bertam, Pulau Pinang dan Kuala Ketil, Kedah.
"Saya jangkakan (dapat serahkan) menjelang akhir tahun ini biarpun kami menyasarkannya pada Ogos ini. Pihak kami sedang berusaha memastikan kesemua unit itu dapat diserahkan menjelang Ogos," katanya pada taklimat media di sini, hari ini.
Syarikat itu baru-baru ini melancarkan dan membuka permohonan bagi tujuh projek di Kuala Lumpur, Perak, Kedah, Melaka dan Johor.
Projek berkenaan adalah PR1MA @ Alam Damai, Kuala Lumpur; PR1MA @ Bandar Meru Raya, Perak; PR1MA @ Sungai Petani 1, Kedah; PR1MA @ Kuala Ketil, Kedah; PR1MA @ Bandar Layangkasa, Johor; PR1MA @ Tebrau, Johor dan PR1MA @ Melaka Tengah 1, Melaka.
Abdul Mutalib berkata, harga rumah itu berpatutan kerana lebih rendah daripada pasaran dan sambutannya ternyata amat menggalakkan.
"Proses ini jelas membuktikan komitmen berterusan PR1MA bagi memastikan mereka yang berpendapatan sederhana mencapai impian untuk memiliki kediaman sendiri," katanya.
Pembeli disyaratkan berpendapatan isi rumah antara RM2,500 dan RM10,000.
Sehingga kini, kira-kira 890,000 pembeli yang berpotensi mendaftar bagi memiliki kediaman PR1MA di seluruh negara.
Abdul Mutalib berkata, sebanyak 14 lagi projek perumahan akan dibuka untuk permohonan tidak lama lagi selain tujuh projek sedia ada.
"Saya boleh memberi jaminan ada lebih banyak lagi projek dibuka untuk permohonan," katanya.
PR1MA juga, kata Abdul Mutalib, akan menimbang cadangan pemaju lain bagi pembinaan rumah selagi ia menepati kriteria, terutamanya harga, spesifikasi bahan binaan, kos dan memiliki rekod yang cemerlang.
Sementara itu, Abdul Talib menyifatkan langkah diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, bagi mengekalkan pembangunan dan ekonomi negara, Selasa lepas, sebagai strategi bijak untuk merangsang permintaan domestik.
"Langkah itu akan membolehkan rakyat Malaysia yang berkelayakan untuk menimbang pilihan rumah PR1MA. Sehubungan itu, kami jangka dapat melihat lebih ramai akan mendaftar di talian," katanya.
Terdahulu beliau mengadakan sidang akhbar di sini hari ini mengenai Persidangan Parlimen Mahasiswa Pertama sesi 2015.
Mengulas lanjut, Abdul Aziz berkata PLKN merupakan kemuncak kepada perpaduan dalam kalangan pelatih dan harus diteruskan pada masa akan datang dengan elemen-elemen penambahbaikan.
Dalam perutusan khas berkenaan perkembangan ekonomi semasa dan kedudukan kewangan negara pada Selasa lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan bahawa PLKN ditangguhkan tahun ini dengan penjimatan sebanyak RM400 juta.
#alternatif #kerajaan #Mubarak #pembangkang #plkn
;