PPZ-MAIWP seru tunaikan zakat, bantu asnaf

Ehsan A Marisah
Disember 6, 2020 09:38 MYT
Pembayaran zakat boleh dilakukan di lima saluran yang disediakan PPZ-MAIWP. Inilah masanya untuk anda membantu mereka yang memerlukan. - Gambar fail BERNAMA
KUALA LUMPUR: Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) menyediakan lima saluran pembayaran zakat sempena Kempen Year End Zakat (YEZ).
Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP, Ahmad Shukri Yusoff berkata, saluran pembayaran zakat berkenaan adalah menerusi 10 kaunter PPZ-MAIWP, portal PPZ-MAIWP, Skim Potongan Zakat Bulanan, dari pintu ke pintu (door to door) dan ejen-ejen kutipan zakat.
“Kempen ini bertujuan memberikan hebahan kepada masyarakat Islam tentang perkhidmatan pembayaran zakat terkini dan menyeru orang ramai menyegerakan tanggungjawab berzakat selewat-lewatnya pada 31 Disember ini dan mendapatkan rebat cukai pendapatan taksiran tahun 2020.
“Dalam pada itu, kempen yang diawalkan pada 16 November itu bagi mengelakkan orang ramai bersesak di kaunter pembayaran di samping mengekang penyebaran COVID-19,” katanya dalam kenyataan baru-baru ini selepas satu majlis menyempurnakan kempen YEZ 2020 itu.
Mengulas lanjut, beliau menambah, orang ramai boleh membuat pembayaran zakat seperti berikut:
1. Kaunter PPZ-MAIWP
Sebanyak 10 kaunter dibuat setiap hari termasuk cuti umum yang beroperasi dari jam 8.15 pagi hingga 4.45 petang sepanjang November dan Disember.
PPZ-MAIWP sentiasa mengambil langkah-langkah pencegahan mengikut SOP yang telah ditetapkan bagi memastikan kesihatan dan keselamatan para pembayar zakat serta kakitangan terjamin.
2. Portal PPZ-MAIWP
PPZ-MAIWP menggalakkan urusan pembayaran zakat dilakukan secara dalam talian melalui www.zakat.com.my dan bayaran boleh dilakukan 24 jam sehari dan di mana-mana sahaja.
3. Skim Potongan Zakat Bulanan
Lebih mudah dan menjimatkan masa sekiranya para pembayar terus melakukan potongan gaji secara bulanan di ptg.zakat.com.my
4. Door to Door
Perkhidmatan khas Door to Door melalui Zakat Ride2U dan Kaunter Zakat Bergerak (KZB) kepada pembayar yang tidak berkesempatan untuk ke kaunter serta yang mahukan layanan secara peribadi.
Bayaran minimum untuk perkhidmatan ini adalah sebanyak RM2,000.
5. Ejen kutipan zakat
Kaedah pembayaran ini boleh dibuat melalui ejen rasmi yang dilantik PPZ-WAIWP melalui perbankan internet, portal online, e-wallet, kaunter bank dan pos.
Sementara itu, Ahmad Shukri memberitahu, pembayar zakat berpeluang memenangi lebih 2,000 hadiah melalui saluran-saluran pembayaran yang disediakan oleh PPZ-MAIWP pada tarikh berkenaan.
“Pemenang akan dipilih berdasarkan cabutan serta tertakluk kepada terma dan syarat.
“Selain itu, pembayar zakat berpeluang memenangi 1,000 e-baucar Barangan Asnaf Preneur dengan jumlah keseluruhan bernilai RM50,000 yang hanya boleh ditebus di kedai-kedai yang diusahakan oleh usahawan asnaf.
“Inisiatif ini bukan sekadar memberi penghargaan kepada pembayar zakat tetapi dapat membantu asnaf menjana pendapatan di waktu sukar ini,” katanya.
Sebarang pertanyaan lanjut boleh hubungi talian zakat 1-300-88-5757, portal www.zakat.com.my atau emel kepada info@zakat.com.my.
*Artikel ini adalah kandungan berbayar.
#PPZ-MAIWP #zakat #pembayaran zakat #COVID-19 #Kuala Lumpur #pusat zakat #kaunter zakat #Ahmad Shukri Yusoff #asnaf #Islam #bank #kesihatan #cukai #keselamatan #usahawan #SOP #kempen YEZ 2020 #kaunter #e-baucar
;