PPV Mega ditutup bermula 16 Mac - KP Kesihatan
Astro Awani
Mac 5, 2022 00:08 MYT
Mac 5, 2022 00:08 MYT
KUALA LUMPUR: Semua Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Mega akan ditutup bermula 16 Mac ini, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.
Bagaimanapun, jelasnya sehingga tarikh tersebut, vaksinasi COVID-19 secara jumpa terus atau walk-in masih akan dibuka di PPV Axiata Arena Bukit Jalil dan PPV Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL).
Kumpulan sasaran melibatkan kanak-kanak berusia 5 hingga 11 tahun untuk dos pertama, remaja 12 hingga 17 tahun untuk dos pertama dan kedua, dan golongan dewasa 18 tahun ke atas untuk vaksin pertama, kedua dan dos penggalak.
Tambahnya, waktu operasi untuk walk-in ialah 9 pagi sehingga 6 petang.
#PPV mega
#walk in
#PPV Axiata Arena
#PPV WTCKL
#KP Kesihatan
#Dr Noor Hisham Abdullah
#KKM
#vaksin
#booster
#dos penggalak