PPV Integrasi KLCC akan ditutup secara rasmi bermula 9 September

Khairunnisa Kasnoon
September 8, 2021 12:20 MYT
Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Integrasi KLCC akan ditutup secara rasmi bermula Khamis. - Foto Facebook/KKM
KUALA LUMPUR: Bermula Khamis, Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Integrasi KLCC akan ditutup secara rasmi.
Ketua Pegawai Eksekutif ProtectHealth Corporation Sdn Bhd, Datuk Dr Anas Alam Faizli berkata, PPV itu telah memberi 730,000 dos vaksin sejak ia mula beroperasi 7 Jun 2021.
Beliau pada masa sama mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat menjayakan program tersebut.
"Terima kasih kepada semua petugas, penyelaras PPV dan pengamal perubatan swasta yang telah bekerjasama dengan KKM.
"Anda wira negara," katanya ketika melawat operasi hari terakhir PPV itu, hari ini.
ProtectHealth Corporation Sdn Bhd merupakan anak syarikat Kementerian Kesihatan Malaysia yang tidak berasaskan keuntungan dan telah dilantik sebagai pelaksana penyertaan pengamal perubatan swasta dan NGO kesihatan dalam Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK).
Sumber Facebook kementeriankesihatanmalaysia
#COVID-19 #KKM #Malaysia #NGO #PPV #Pusat Pemberian Vaksin #vaksin #ProtectHealth Corporation #PICK