PPV IDCC Shah Alam ditutup hari ini

Bernama
Julai 13, 2021 02:28 MYT
Antara penerima vaksin berkerusi roda yang hadir mendapatkan suntikan vaksin COVID-19 jenis AstraZeneca ketika tinjauan di PPV IDCC Seksyen 15 Shah Alam, 19 Jun, 2021. - Gambar fail BERNAMA
KUALA LUMPUR: Pusat pemberian vaksin (PPV) Ideal Convention Centre (IDCC), Shah Alam, akan ditutup hari ini susulan terdapat kes positif COVID-19 yang dikesan dalam kalangan petugas PPV berkenaan.
Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITF) dalam kenyataan memaklumkan penutupan selama sehari itu diambil bagi membolehkan kerja-kerja sanitasi dijalankan, selepas memperoleh hasil keputusan ujian COVID-19 malam tadi.
"Sebagai langkah berjaga-jaga, CITF juga menyarankan mereka yang hadir untuk vaksinasi di IDCC antara 29 Jun hingga semalam untuk membuat penilaian kendiri dan sekiranya bergejala supaya menjalankan ujian saringan COVID-19.
"Janji temu yang telah diberikan pada hari tersebut akan dijadualkan semula kepada satu tarikhyang akan dimaklumkan secepat mungkin," menurut kenyataan itu.
Kenyataan itu turut memaklumkan sebarang butiran lanjut akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.
-- BERNAMA
#COVID-19 #shah alam #kes positif #ujian saringan #vaksin #Pusat Pemberian Vaksin #PPV #CITF #IDCC #tutup #petugas PPV #sanitasi #bergejala #dijadual semula