Polis bertindak betul dengan menahan anggota Pasukan Peronda Sukarela (PPS) Pulau Pinang pada Ahad, kata Mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamed.
Menurutnya, Malaysia bukan sebuah negara yang membenarkan kerajaan negeri mengambil alih peranan polis, atau memberi layanan istimewa kepada mana-mana badan beruniform yang berlagak seperti polis.
Dr Mahathir berkata pasukan sukarela itu dilihat mencabar polis dengan mengambil bahagian dalam sambutan Merdeka di Pulau Pinang walaupun telah diberi amaran oleh pihak berkuasa.
Katanya, kumpulan itu seolah sengaja menggunakan hari istimewa Merdeka untuk melanggar undang-undang dan memburukkan imej polis.
“Saya rasa mereka patut pergi ke negara lain di mana polis di sana lebih ofensif di mana mereka tembak dan bunuh orang. Baru mereka tahu betapa amannya Malaysia,” katanya selepas menyaksikan majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) di antara Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) dan Sentoria Langkawi Sdn Bhd semalam.
Dr Mahathir menegaskan bahawa seseorang itu tidak boleh berlagak selaku polis hanya dengan memakai uniform yang dibekalkan organisasi bukan kerajaan.
“Mereka yang rasa ada kuasa di negeri itu tidak sepatutnya mengandaikan bahawa mereka ada kuasa untuk mengambil alih tugas polis,” tambahnya.
Pada Ahad, polis telah menahan 154 anggota PPS selepas mereka mengambil bahagian dalam perarakan Hari Merdeka di Padang Kota, Pulau Pinang.
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dilaporkan berkata anggota PPS itu, termasuk tujuh wanita, ditahan pada jam 10.15 pagi untuk membantu siasatan kerana melanggar Seksyen 41 Akta Pertubuhan 1966.
Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin semalam dilaporkan turut bersetuju dengan tindakan polis, selain melabel kumpulan itu sebagai “berbahaya.”
Astro Awani
Tue Sep 02 2014
![PPS: Tindakan polis betul - Tun M PPS: Tindakan polis betul - Tun M](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-02/81359697141_295x200.jpg)
TUN M: Polis bertindak betul dengan menahan anggota Pasukan Peronda Sukarela (PPS) Pulau Pinang.
10 Berita Pilihan - (15 Ogos 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Pasukan PBB lawat Bangladesh, siasat pembunuhan protes pelajar
Pasukan penyiasat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan melawat Bangladesh minggu depan untuk menyiasat ratusan kematian semasa protes yang diketuai pelajar baru-baru ini, menurut pegawai badan dunia itu pada Khamis.
Gempa bumi bermagnitud 5.7 gegar timur laut Taiwan
Gempa bumi berukuran 5.7 skala richter melanda daerah Timur Laut Taiwan pada Khamis.
Angka kematian di Gaza cecah 40,000 individu
Pasukan tentera Israel melakukan tiga pembunuhan beramai-ramai terhadap keluarga-keluarga di Semenanjung Gaza dalam tempoh 24 jam lepas, mengakibatkan sekurang-kurangnya 40 rakyat Palestin terbunuh dan 107 lagi cedera, menurut sumber perubatan.
Jepun tamatkan amaran gempa bumi mega
Dalam tempoh berjaga-jaga, Agensi Meteorologi Jepun tidak melihat sebarang pergerakan gempa bumi yang luar biasa atau kerak bumi.
Rakyat UK terancam dengan imigran rampas peluang pekerjaan
Bimbang golongan imigran akan merampas peluang peluang pekerjaan menjadikan rakyat United KIngdom terutamanya mereka yang mempunyai masalah ekonomi melihat imigran sebagai satu ancaman.
Parti Pheu Thai pilih anak perempuan Thaksin calon PM
Paetongtarn, 37, adalah anak perempuan kepada jutawan yang juga bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra.
Pemilihan anak Thaksin sebagai PM Thailand dianggap tidak efektif
Pemilihan anak perempuan bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra, Paetongtarn Shinawatra, untuk menggantikan Srettha Thavisin sebagai Perdana Menteri negara itu dianggap sebagai tidak efektif.
![Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723343252_Palestiniansmourn.jpg)
Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera
Perkhidmatan kecemasan masih tidak dapat membantu ramai mangsa dan membawa keluar mayat yang terperangkap di bawah runtuhan.
DNA mangsa kebakaran di Pagoh diperoleh, jenazah dijangka dikebumikan esok
Polis mengesahkan telah menerima laporan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) dua mayat mangsa yang rentung dalam kebakaran rumah di Kampung Paya Redan, Pagoh, Johor Jumaat lepas.
![Ulang tahun ke-99: Seluruh hidup saya untuk berkhidmat kepada negara - Tun M Ulang tahun ke-99: Seluruh hidup saya untuk berkhidmat kepada negara - Tun M](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51720610660_TunDrMahathir.jpg)
Ulang tahun ke-99: Seluruh hidup saya untuk berkhidmat kepada negara - Tun M
Dr Mahathir berkata, beliau berterima kasih di atas semua sokongan yang diberikan kepadanya pada masa dahulu.
![Tun Mahathir yakin kuasa boikot umat Islam tekan rejim Zionis Tun Mahathir yakin kuasa boikot umat Islam tekan rejim Zionis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/51700481390_tbSumbanganPalestin.jpg)
Tun Mahathir yakin kuasa boikot umat Islam tekan rejim Zionis
Dr Mahathir yakin kuasa boikot umat Islam yang dianggarkan berjumlah 1.7 bilion di seluruh dunia terhadap barangan Israel akan menekan rejim Zionis.
![Tun Mahathir kini sedia kembali bersama Muhyiddin Tun Mahathir kini sedia kembali bersama Muhyiddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/51685593891_TBMuhyiddinTunM.jpg)
Tun Mahathir kini sedia kembali bersama Muhyiddin
Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui sedia bekerjasama dengan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin sekiranya kedua-dua pihak dapat mencapai matlamat yang sama.
![Lantikan penjawat awam ikut merit bukan kuota kaum - SPA Lantikan penjawat awam ikut merit bukan kuota kaum - SPA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-05/41621431282_SuruhanjayaPerkhidm.jpg)
Lantikan penjawat awam ikut merit bukan kuota kaum - SPA
SPA menyatakan kaedah pelantikan penjawat awam adalah telus berdasarkan merit dan kompetensi calon dan bukannya mengikut kuota untuk suatu kaum atau etnik tertentu.
![Ramasamy gesa Anwar pecahkan dominasi Melayu dalam sektor awam Ramasamy gesa Anwar pecahkan dominasi Melayu dalam sektor awam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-01/71642148045_TBRAMASAMY.jpg)
Ramasamy gesa Anwar pecahkan dominasi Melayu dalam sektor awam
Datuk Seri Anwar Ibrahim digesa mereformasikan perkhidmatan awam yang didominasi oleh orang Melayu dimana dakwanya dasar itu dilaksanakan pada era kepimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad.
![Penamatan HSR: Dr Mahathir, Muhyiddin dan tiga lagi diarah fail pernyataan pembelaan Penamatan HSR: Dr Mahathir, Muhyiddin dan tiga lagi diarah fail pernyataan pembelaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/51675146864_TBMASHUP.jpg)
Penamatan HSR: Dr Mahathir, Muhyiddin dan tiga lagi diarah fail pernyataan pembelaan
Mahkamah Tinggi hari ini mengarahkan dua bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tan Sri Muhyiddin Yassin serta tiga lagi memfailkan pernyataan pembelaan dalam saman berhubung penamatan Proj
![Dr Mahathir letak jawatan Pengerusi Pejuang? Dr Mahathir letak jawatan Pengerusi Pejuang?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/51668877048_TunDrMahathir.jpg)
Dr Mahathir letak jawatan Pengerusi Pejuang?
Tun Dr Mahathir Mohamad disahkan meletak jawatan sebagai Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang).
![PRU15: Larangan telefon bimbit, Tun Mahathir ucap terima kasih kepada SPR PRU15: Larangan telefon bimbit, Tun Mahathir ucap terima kasih kepada SPR](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/61667999828_TunDrMahathirMoha.jpg)
PRU15: Larangan telefon bimbit, Tun Mahathir ucap terima kasih kepada SPR
Tun Dr Mahathir merakamkan ucapan terima kasih kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kerana bersetuju dengan cadangannya supaya tidak membenarkan penggunaan telefon bimbit sewaktu mengundi PRU15.
![PRU15: Dr Mahathir akui GTA kurang dapat sambutan di beberapa kawasan PRU15: Dr Mahathir akui GTA kurang dapat sambutan di beberapa kawasan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/61667999828_TunDrMahathirMoha.jpg)
PRU15: Dr Mahathir akui GTA kurang dapat sambutan di beberapa kawasan
Dr Mahathir mengakui GTA kurang mendapat sambutan di beberapa kawasan yang ditandingi pada PRU15 kerana ramai pengundi masih kurang jelas dengan gabungan itu.
![GTA nyata pendirian tarikh bubar Parlimen selepas dipersembahkan kepada Agong GTA nyata pendirian tarikh bubar Parlimen selepas dipersembahkan kepada Agong](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/61664635480_TunDrMahathir.jpg)
GTA nyata pendirian tarikh bubar Parlimen selepas dipersembahkan kepada Agong
GTA akan menyatakan pendiriannya mengenai cadangan tarikh pembubaran Parlimen selepas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mempersembahkannya kepada Yang di-Pertuan Agong.