PPS Sungai Bedaun dibuka selepas hujan bertembung air pasang

Rudi Affendi Khalik
Disember 18, 2024 06:45 MYT
Anggota APM ketika ketika melakukan usaha menyelamat mangsa banjir. - Foto JPBN Sarawak
KUCHING: Hujan sejak petang yang bertembung dengan aiar pasang menyebabkan kawasan perkampungan Sungai Bedaun di sini dinaiki air sekitar jam 9.30 malam Rabu.
Menurut Sekretariat Pengurusan Bencana Negeri Sarawak, susulan kenaikan tersebut, sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) telah dibuka di Dewan Sungai Bedaun, sekitar jam 9.50 malam.
“Sebanyak 14 keluarga yang mendiami 12 buah rumah telah diarahkan berpindah, apabila air telah memasuki ruangan di dalam rumah.
“Daripada jumlah tersebut, 16 mangsa merupakan lelaki dewasa dan 20 perempuan dewasa.
“Tiga pula warga emas, lapan remaja, 18 kanak-kanak dan dua bayi.
Kata sekretariat itu lagi, terdapat dua orang kurang upaya (OKU) turut dipindahkan.
Difahamkan keadaan air adalah statik dan belum menunjukkan tanda untuk surut.
MetMalaysia meramalkan hujan berterusan pada tahap waspada akan turun di sekitar Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu dan Mukah hingga 22 Disember.
#banjir2024 #monsun timur laut #Bah Kuning #air pasang
;