PPIM lapor polis individu hina Sultan
Astro Awani
Ogos 20, 2013 07:00 MYT
Ogos 20, 2013 07:00 MYT
Satu laporan polis telah dibuat berhubung video seorang penceramah bebas di laman Youtube kerana didakwa mengandungi penghinaan terhadap Sultan serta ancaman menghapuskan institusi Raja-Raja Melayu.
Laporan polis itu dibuat persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) terhadap Wan Ji Wan Husein di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi.
Penasihat PPIM Tunku Azwil Tunku Abdul Razak menggesa agar pihak polis segera melakukan siasatan dan mengambil tindakan tegas ke atas individu tersebut.
Klik video untuk laporan penuh Astro Awani.