PPIM akan terus boikot, rakyat masih was-was

Arfa Yunus
Jun 3, 2014 10:49 MYT
Kementerian Kesihatan sebelum ini mendakwa dua produk Cadbury mengandungi DNA babi - Gambar fail
Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) bertindak meneruskan boikot terhadap produk-produk keluaran Cadbury walaupun setelah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengesahkan tiada penemuan DNA babi dalam produk-produk tersebut.
Memetik kenyataan menerusi laman web PPIM, persatuan tersebut menuntut penjelasan daripada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berhubung dakwaan sebelum ini yang mengatakan terdapat DNA babi di dalam produk coklat Cadbury.
“Kami menghormati kenyataan yang dikeluarkan oleh JAKIM. Walau bagaimanapun, kami berpendapat, pihak yang perlu mengeluarkan kenyataan untuk menafikan kewujudan penemuan DNA Porcine pada produk Cadbury adalah KKM memandangkan tindakan kami bersama NGO lain serta rakyat adalah berdasarkan kenyataan rasmi KKM,” kata kenyataan itu.
Menurut kenyataan itu, persatuan tersebut akan terus memboikot produk coklat berkenaan jika KKM tidak tampil membuat sebarang kenyataan untuk menafikan dakwaan mereka sebelum ini.
Sementara itu, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) menggesa agar JAKIM mengembalikan semula keyakinan kepada rakyat Malaysia.
Setiausaha Agung ABIM, Muhammad Faisal Abdul Aziz berkata, JAKIM perlu menjelaskan kepada rakyat tentang standard prosedur operasi (SOP) pengeluaran sijil halal kepada syarikat-syarikat yang memohon.
“JAKIM perlu ambil inisiatif untuk menerangkan ‘bagaimana Cadbury boleh mendapat sijil halal pada mulanya?’ serta ‘bagaimana JAKIM akan memastikan perkara sama tidak berulang?’
“Selain itu, saya mencadangkan garis panduan diketatkan bagi syarikat yang ingin memohon sijil halal daripada JAKIM supaya rakyat akan kembali percaya dan yakin kepada JAKIM,” kata Faisal.
Pada Isnin, JAKIM membuat pengumuman bahawa dakwaan KKM sebelum ini mengenai penemuan DNA babi di dalam dua produk Cadbury adalah tidak benar dan mengesahkan kedua-dua produk itu sebagai halal.
Di laman media sosial pula, orang ramai serta pengguna Cadbury sendiri turut melemparkan pandangan masing-masing. Ada yang bersikap positif, ada yang bersikap negatif dan ada juga yang masih lagi was-was dengan pengumuman yang dibuat JAKIM.

"Cadbury chocolate has been found not to contain pork DNA by Islamic authorities in Malaysia." OMMGG

— ️M a l i k a . M (@malimalikxx) June 2, 2014
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Cadbury sudah disahkan halal krana tiada sbrang DNA babi dikesan oleh pihak berkuasa.Tapi kalau masih rasa was2 jgn makan, boleh jadi haram

— Werewolf (@_OhhVampire) June 2, 2014
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

cadbury nie ada DNA babi or takk ada ? kejap ada kejap takk da --"

— ENCIK MIMPI (@__wawawani) June 2, 2014
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

btol ke yg cadbury bebas dna babi....mcm main2 ja diorang nie

— Hafizul Najmi (@iampijoi) June 2, 2014
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

for me, aku tkkn beli cadbury dh. even jakim dh kata halal. in the first place, mcm mana boleh detect porcine dna tu?

— JUAN (@at_tai) June 2, 2014
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

walaupun dah disahkan takde DNA babi dkt dlm coklat cadbury tu, aku tetap akan boikot seluruh produk cadbury.

— NurAishah (@Nurishah) June 2, 2014
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

@saralleh make me feel something wrong with our system . i choose to not buy Cadbury anymore ! support LOCAL MUSLIM PRODUK !!

— The Only AnwarHilmi (@engkuanwarhilmi) June 2, 2014
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Cadbury dah disahkan tiada DNA babi , bguslah,nsib aku tak suka makan coklat =='.

— ¤mRs.lUvELyJeLly¤ (@lia_amyliacomot) June 2, 2014
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

@501Awani bah selamat utk d mkn dah. Tp reputasi cadbury dah tercalar. Sepa yg brtanggungjwb?

— Zasman jalil (@aqeelilham) June 2, 2014
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#ABIM #cadbury #dna babi #JAKIM #KKM #media sosial #PPIM
;