Poster tular 'Kredit Shopee RM400' palsu - JPM
Bernama
April 5, 2023 19:11 MYT
April 5, 2023 19:11 MYT
KUALA LUMPUR: Jabatan Perdana Menteri (JPM) memaklumkan Bantuan Kredit Shopee RM400 seperti disebarkan menerusi poster bertajuk 'Kredit Shopee RM400 Untuk Rakyat Malaysia' yang tular di media sosial adalah palsu.
Menerusi hantaran di laman Facebook rasminya, hari ini, JPM menegaskan bahawa poster berkenaan adalah palsu.
"Orang ramai diminta untuk tidak menyebarkan atau berkongsi sebarang maklumat yang tidak pasti atau palsu," menurut JPM.