Portal SPRM berwajah baharu, lebih interaktif dekati rakyat

Astro Awani
Februari 2, 2021 12:45 MYT
Portal SPRM kini memaparkan ringkasan kes-kes rasuah di ruangan 'Kes-Kes Menarik Rasuah'. - Foto SPRM
KUALA LUMPUR: Portal Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kini berwajah baharu seiring usaha agensi itu berganding bahu bersama rakyat Malaysia memerangi rasuah.
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Azam Baki berkata, portal tersebut akan menjadi sumber sahih kepada rakyat Malaysia dalam mendapatkan informasi berkaitan rasuah.
"Interaksi secara maya telah menjadi amalan lazim dan jambatan penghubung dalam perkongsian maklumat.
"Pelbagai maklumat boleh diakses oleh sesiapa sahaja namun perlulah diperolehi dari sumber yang sah," katanya dalam muat naik status di Twitter @SPRM Community.
Portal SPRM berwajah baharu itu menampilkan ruang Pusat Sehenti Media Sosial yang akan menjadi platform interaksi warga maya.
Selain itu, ia turut memaparkan ringkasan kes-kes rasuah menerusi ruangan 'Kes-Kes Menarik Rasuah'.
Malah, ruang Kolumnis@SPRM turut diperkenalkan yang akan menjadi medium penulisan dan memberi pendapat mengenai usaha-usaha pencegahan rasuah serta kupasan isu-isu semasa SPRM.
Turut diketengahkan adalah Portal Aduan Rasuah selain diseragamkan paparan di peranti mudah alih.
MACC Mobile boleh dimuat turun di Apple App Store dan Google Play Store.
#Azam Baki #SPRM #media sosial #Rasuah #rasuah busters #perangi rasuah #memerangi rasuah #pencegahan rasuah #portal SPRM wajah baru
;