Portal The Malaysian Insider disekat penyedia jaringan Internet
Astro Awani
Februari 25, 2016 19:23 MYT
Februari 25, 2016 19:23 MYT
Akses kepada portal berita The Malaysian Insider telah disekat oleh beberapa penyedia jaringan Internet hari ini atas alasan ia telah ‘melanggar undang-undang negara’.
Ketua Penguatkuasaan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) Zulkarnain Mohd Yasin, dipetik sebagai berkata kepada pejabat portal tersebut melalui pesanan teks, mengesahkan perkara itu dan akan mengeluarkan kenyataan berkenaan dengannya.
Beberapa pembaca telah mengadu tentang sekatan tersebut apabila mendapati mereka gagal melayari kandungan portal berkenaan bermula kira-kira petang Khamis.
Sesetengah pembaca yang menggunakan rangkaian pembekal jaringan Internet dari styarikat telekomunikasi seperti Celcom, Maxis dan Unifi juga mengadu tentang perkara tersebut.