Portal baru Zaid bukan ruang untuk pandangan ekstrim
T K Letchumy Tamboo
Februari 21, 2015 20:31 MYT
Februari 21, 2015 20:31 MYT
Bekas Menteri Hal-Ehwal Undang-Undang, Datuk Zaid Ibrahim menubuhkan satu laman web baru yang menyediakan platform baru kepada suara-suara sederhana di dalam negara ini.
Zaid memberitahu Astro AWANI, beliau inginkan sebuah tempat di mana semua rakyat Malaysia boleh menulis dan berkongsi pendapat mereka, bukan sahaja mengenai isu politik, tetapi mengenai pelbagai isu di dalam negara.
“Portal tersebut hanya menerima pandangan sederhana. Tiada tempat untuk pandangan ekstrim,” katanya kepada Astro AWANI.
Zaid berkata salah satu sebab utama tertubuhnya portal itu adalah kerana terdapatnya banyak portal penting yang ditulis di dalam Bahasa Inggeris.
“Saya rasakan portal Bahasa Melayu adalah satu ruang dengan tujuan meluahkan pendapat mereka,” katanya.
Zaid berkata orang ramai boleh menulis dan menghantar pandangan mereka melalui laman web tersebut di http://www.nasionalis.my/
Setakat ini, dilaporkan bahawa portal itu mempunyai empat penulis.