POLL: 95 peratus sokong peragut disebat, dipenjara
Astro Awani
Januari 14, 2014 07:30 MYT
Januari 14, 2014 07:30 MYT
Polis Di Raja Malaysia (PDRM) menyokong cadangan Persatuan Kepolisian Masyarakat Malaysia yang mahukan hukuman yang lebih berat untuk kesalahan ragut.
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar memberitahu astro AWANI, pendekatan ini boleh menjadi satu daripada langkah pencegahan.
Cadangan Persatuan Kepolisian Masyarakat Malaysia untuk mengenakan hukuman yang lebih berat dibuat susulan kes ragut yang telah menimbulkan kebimbangan.
Untuk berita lanjut, sila klik video di bawah.
Sementara itu, dalam satu tinjauan yang telah dijalankan oleh Astro AWANI mendapati 95% bersetuju agar hukuman mandatori sebatan dan penjara dikenakan kepada peragut.
Buat masa ini, tiada undang-undang khusus bagi jenayah ragut.
Pesalah akan didakwa di bawah Akta Kanun Keseksaan bagi mencuri untuk ragut yang tidak membabitkan kekerasan.