Politik bukan suatu bidang yang boleh diajar atau 'disekolahkan'

Bernama
Februari 9, 2019 05:45 MYT
Rais berkata, tindakan menipu sijil kelayakan adalah sesuatu yang tidak seharusnya dibuat oleh mana-mana individu. - Gambar fail
Jangan menilai pemimpin berdasarkan kelayakan akademik kerana politik bukanlah suatu bidang yang boleh diajar dan 'disekolahkan' sepenuhnya, kata Ketua Badan Pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Negeri Sembilan Tan Sri Dr Rais Yatim.
Jelasnya, bagaimanapun, seseorang pemimpin perlu mempunyai asas-asas kukuh dalam pendidikan, iaitu kelayakan akademik, meskipun sekadar kelayakan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
"Bidang politik ini timbul daripada peribadi seseorang itu yang mempunyai kebolehan memimpin, suka membantu serta berinteraksi dengan manusia.
"Untuk masuk politik kita cuma perlu ada asas kelayakan, SPM pun sudah memadai. Tidak semestinya perlu ada ijazah...kalau ada itu sudah cukup bagus tetapi masyarakat kini suka membuat penilaian sendiri.
"Kila lihat sendiri contoh Tun Ghafar Baba...beliau hanya mempunyai kelayakan akademik SPM sahaja tetapi pernah dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri, jadi tiada isu mengenai penglibatan politik perlu ada kelayakan akademik yang tinggi," katanya kepada Bernama selepas program Jelajah Perjuangan Bersatu Bahagian Tampin di sini, pada Sabtu.
BACA: Isu sijil akademik: Marzuki serahkan kepada Perdana Menteri
BACA: MB Johor hanya senyum, enggan jawab dakwaan miliki sijil palsu
Rais berkata demikian mengulas mengenai isu beberapa pemimpin Pakatan Harapan termasuk seorang timbalan menteri yang didakwa menipu latar belakang akademik baru-baru ini.
Tambahnya meskipun begitu, tindakan menipu sijil kelayakan adalah sesuatu yang tidak seharusnya dibuat oleh mana-mana individu.
BACA: Isu sijil akademik Marzuki: Bersatu belum dapat gambaran jelas
BACA: Usah malu, perlu jujur mengenai latar belakang pendidikan
Mengenai program pada Sabtu, Rais berkata ia bertujuan menerangkan kejituan perjuangan Bersatu yang sering dikritik sekali gus untuk mendapatkan pandangan orang awam.
"Dengan jelajah ini kami dapat mendekatkan diri lebih dekat dengan rakyat serta memperkenalkan asas-asas perjuangan supaya tidak sama dengan UMNO.
"Kami tidak jadikan duit sebagai punca suapan atau input pada perjuangan kami sebab itu kami lakukan penerangan mudah ini kepada orang awam agar mereka sedar mengenai hal ini. Jelajah ini seterusnya akan ke Rasah atau Rembau dalam masa terdekat ini," katanya.
BACA: Jual sijil palsu: Reman tiga lelaki dilanjutkan
BACA: Suspek ketujuh sijil palsu ditahan SPRM
-- BERNAMA
#ahli politik #kebolehan memimpin #kelayakan akademik #menipu sijil kelayakan #Pakatan Harapan #pendidikan #Perdana Menteri #PPBM #program jelajah #Rais Yatim #sijil palsu #Sijil Pelajaran Malaysia #SPM #Timbalan Perdana Menteri #UMNO
;