Polis tunggu kebenaran Pejabat Peguam Negara dakwa individu rusuhan kuil
Fareez Azman
Disember 4, 2018 19:29 MYT
Disember 4, 2018 19:29 MYT
Polis masih menunggu kebenaran dari Pejabat Peguam Negara untuk mendakwa sebahagian individu yang ditahan dalam Ops Seafield susulan insiden rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman USJ25, Seafield, minggu lalu.
Menurut Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin, pihaknya mempunyai maklumat tentang siapa dalang bertanggungjawab dalam rusuhan berkenaan.
Polis masih memantau akan keadaan semasa insiden berkenaan dan ketika ini jelas Muhyiddin keadaan terkawal.
Mengulas mengenai jumlah tangkapan, jelas Muhyiddin polis masih mengesan individu yang dipercayai berkait dengan rusuhan berkenaan.
Berkenaan 28 individu yang kini diburu, Ketua Polis Negara Tan Sri Mohammad Fuzi Harun memaklumkan belum ada individu yang tampil bagi membantu siasatan.
#Ketua Polis Negara
#kuil sri maha mariamman
#mohammad fuzi harun
#Muhyiddin Yassin
#Peguam Negara
#polis
#rusuhan
#siasatan