Polis tumpaskan sindiket seludup rokok putih RM2.49 juta
Fareez Azman
Oktober 24, 2019 17:24 MYT
Oktober 24, 2019 17:24 MYT
Polis berjaya menumpaskan satu sindiket penyeludupan rokok haram bernilai RM2.49 juta selepas empat lelaki termasuk rakyat tempatan ditahan dalam satu serbuan di Sepang pada 23 Oktober lalu.
Menurut Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri Dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani, serbuan dilakukan Pasukan Gerakan Khas KDNKA pada Rabu.
Tiga lelaki tempatan serta seorang lelaki warganegara Bangladesh berusia 23 hingga 41 tahun ditahan untuk siasatan lanjut.
Siasatan awal mendapati, sindiket terbabit aktif melakukan aktiviti penyeludupan di sekitar Lembah Klang.
Turut dirampas dalam serbuan itu, sejumlah 15,200 karton rokok putih pelbagai jenama bernilai RM2.492 juta serta sebuah lori lima tan dan sebuah kenderaan jenis Alza milik suspek.
Kesemua suspek ditahan reman selama tujuh hari sehingga 30 Oktober depan.
Kes disiasat dibawah Seksyen 135 (1)(e) Akta Kastam 1967.
#Bangladesh
#Bukit Aman
#GERAKAN
#haram
#kastam
#keselamatan
#Klang
#lelaki
#rakyat
#Sepang
#siasatan
#sindiket
#suspek