KULIM: Polis Kulim berjaya menumpaskan satu kumpulan samun yang bergiat aktif di daerah itu.
Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Azhar Hashim berkata, dengan penangkapan dua lelaki yang dikenali ‘Geng Arvind’ itu, polis percaya telah berjaya menyelesaikan beberapa kes samun yang dilaporkan sejak awal tahun ini.
Beliau berkata, polis turut merampas sebuah motosikal serta serangkai kunci dan topi keledar yang digunakan ketika kejadian serta rampasan sehelai jaket yang disyaki digunakan oleh suspek ketika melakukan kegiatan itu.
"Dengan tertangkapnya dua suspek berusia 26 dan 27 tahun ini, polis berjaya membongkar kumpulan samun yang aktif melakukan jenayah samun di daerah ini yang memberi kesan kurangnya kes jenayah samun di sini.
"Bagaimanapun hasil ujian saringan awal air kencing mendapati kedua-duanya negatif," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Azhar berkata, terdapat lebih 10 kes yang dikenal pasti membabitkan kumpulan ini dalam kejadian samun di daerah Kulim.
Beliau berkata, kumpulan ini menggunakan hasil daripada aktiviti jenayah samun mereka untuk membeli bekalan dadah jenis syabu.
"Bagi kejadian samun yang berlaku, kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan (mendatangkan kecederaan ketika samun berkawan) dan sekiranya didapati bersalah, boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 20 tahun serta sebatan.
"Kedua-suspek direman selama tujuh hari bermula semalam hingga 10 April ini," katanya.
Azhar berkata, modus operandi yang dilakukan suspek adalah dengan bergerak secara berdua dengan menunggang motosikal pelbagai jenis yang disyaki dicuri untuk melakukan jenayah ragut dan samun di sekitar Kulim.
Beliau berkata, suspek akan melakukan pemerhatian di kawasan tempat sibuk seperti pasar pagi dan pasar raya.
"Seterusnya suspek akan melakukan jenayah itu dengan mendapatkan kaum wanita yang berjalan seorang diri sambil memegang beg tangan.
"Selain itu, suspek juga akan memakai topi keledar bervisor penuh bersama pelitup muka untuk mengelak dari dikesan sesiapa," katanya.
Menurut Azhar lagi, ketua kumpulan ini dikenali dengan nama panggilan "Arvind" berusia 27 tahun dan mempunyai 10 rekod jenayah lampau membabitkan jenayah samun dan dadah.
Beliau berkata, seorang lagi suspek mempunyai rekod jenayah lampau membabitkan samun, pecah rumah, curi dan dadah.
"Kesemua suspek tidak bekerja. Sehubungan itu saya menggesa orang ramai supaya terus menyalurkan maklumat berkaitan jenayah samun atau lain-lain kepada polis dengan segera bagi memudahkan sebarang tindakan diambil.
"Orang ramai dinasihatkan supaya jangan memberi ruang kepada penjenayah untuk melakukan kegiatan itu," katanya.
Adie Sufian Zulkefli
Mon Apr 05 2021
![Polis tumpaskan Geng Arvind, aktif menyamun sekitar Kulim Polis tumpaskan Geng Arvind, aktif menyamun sekitar Kulim](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-04/51617603782_PolisKulim.jpg)
Azhar berkata, terdapat lebih 10 kes yang dikenal pasti membabitkan kumpulan ini dalam kejadian samun di daerah Kulim. - Foto PDRM
![THT ubat kecewa, juarai MHL 2025 THT ubat kecewa, juarai MHL 2025](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739740841_TNBLigaHoki.jpg)
THT ubat kecewa, juarai MHL 2025
Kemenangan itu merupakan kali ketujuh buat THT, yang pernah menjuarai liga pada edisi 2014, 2015, 2016, 2018, 2022, dan 2023.
![Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739740057_HamidYusoff.jpg)
Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf
Projek itu dijalankan menerusi kaedah moden menggunakan sistem iMistroom 2.0 hasil inovasi Hamid bersama pasukannya.
![HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702567_KhairulAzwanHarun.jpg)
HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka
Khairul Azwan berkata ekspo yang dijadual berlangsung selama enam bulan bermula pertengahan April akan turut disertai pelbagai agensi kerajaan.
![Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739611701_AbangJohariTunOpe.jpg)
Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari
Katanya, Sarawak telah diiktiraf oleh Bank Dunia dan Ketua Audit Negara kerana berjaya menguruskan kewangannya dengan baik.
![RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702271_ShamsulAzri.jpg)
RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN
Ia sebahagian usaha kerajaan meningkatkan kedudukan Malaysia dalam CPI dengan menambah baik proses pentadbiran kerajaan secara menyeluruh.
![Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702372_MohdDusukiMokhtar.jpg)
Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat
Mohd Dusuki berkata, pihak Jabatan Peguam Negara amat berbesar hati kerana turut berpeluang terlibat dengan Projek Kampung Angkat MADANI.
![Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739707799_ResortPulauPetang.jpg)
Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang
KETENGAH kini di peringkat melantik kontraktor setelah peruntukan itu disalurkan pada akhir tahun lepas.
Penjual jagung hina kaum India tampil mohon maaf
Penjual jagung yang meletakkan papan tanda berunsur perkauman terhadap kaum India tampil memohon maaf atas kesilapannya itu.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Kehadiran anggota polis di kedai buku hanya rondaan rutin
Kehadiran anggota polis di sebuah galeri buku di Petaling Jaya hanya sekadar rondaan rutin dan bukan bertujuan mengganggu aktiviti perniagaan.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
Wanita curi duit semasa kenduri ditahan, ada 10 rekod jenayah
Seorang wanita berusia 61 tahun yang menyamar sebagai tetamu dan mencuri beg tangan berisi wang RM2,500 ketika majlis perkahwinan di Pasir Mas, Kelantan pada 1 Februari lalu berjaya diberkas polis.
Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Kama Azural Mohamed berkata, suspek ditahan jam 2.35 petang di hadapan sebuah masjid di Kota Bharu semasa menaiki sebuah teksi dipandu rakannya berusia 63 tahun.
Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Kama Azural Mohamed berkata, suspek ditahan jam 2.35 petang di hadapan sebuah masjid di Kota Bharu semasa menaiki sebuah teksi dipandu rakannya berusia 63 tahun.
![Bekas banduan ditahan curi kabel di Teluk Intan Bekas banduan ditahan curi kabel di Teluk Intan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739528029_AhmadAdnanBasri.jpg)
Bekas banduan ditahan curi kabel di Teluk Intan
Polis menahan seorang lelaki tempatan disyaki terlibat dengan enam kegiatan mencuri kabel pencawang telekomunikasi sekitar daerah Teluk Intan sejak Januari lepas.
![Wanita warga emas cedera disamun suspek wanita Wanita warga emas cedera disamun suspek wanita](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41738997935_PolisLogoPolisP.jpg)
Wanita warga emas cedera disamun suspek wanita
Suspek bertindak memukul dahi mangsa menggunakan serpihan batu simen ketika mangsa bergeluk ingin melawan suspek.
![Dua wanita rugi RM50,000 disamun dengan parang Dua wanita rugi RM50,000 disamun dengan parang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/51736658985_parang.jpg)
Dua wanita rugi RM50,000 disamun dengan parang
Seorang lelaki mengugut mahu memotong rantai dipakai wanita itu jika enggan bekerjasama, selain menendang mangsa.
![Polis buru lelaki ragut rantai leher warga emas di Teluk Intan Polis buru lelaki ragut rantai leher warga emas di Teluk Intan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/61738154938_PolisLogoPolisP.jpg)
Polis buru lelaki ragut rantai leher warga emas di Teluk Intan
Mangsa berusia 65 tahun telah didatangi suspek yang berpura-pura mahu membeli kalungan bunga jualannya.
![Polis tahan dua lelaki disyaki terlibat samun, pecah kedai, curi kenderaan di empat negeri Polis tahan dua lelaki disyaki terlibat samun, pecah kedai, curi kenderaan di empat negeri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/71722940302_handcuff.jpg)
Polis tahan dua lelaki disyaki terlibat samun, pecah kedai, curi kenderaan di empat negeri
Dua lelaki disyaki terlibat dalam 19 siri jenayah pecah kedai dobi layan diri, samun dan curi kenderaan yang berlaku di Negeri Sembilan, Selangor, Kuala Lumpur, dan Perak, ditahan polis semalam.
![Lelaki menyamar polis, samun ditahan di Lahad Datu Lelaki menyamar polis, samun ditahan di Lahad Datu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/71722940302_handcuff.jpg)
Lelaki menyamar polis, samun ditahan di Lahad Datu
Polis menahan seorang lelaki di sebuah rumah di kawasan kebun sawit Kampung Tanjung Labian, Tungku di sini semalam kerana disyaki menyamar sebagai pegawai polis dan menyamun penduduk di kawasan Felda.
![Polis ambil keterangan tiga individu berhubung perkahwinan diraja Tengku Mahkota Pahang Polis ambil keterangan tiga individu berhubung perkahwinan diraja Tengku Mahkota Pahang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71714977625_YahayaOthmanjpg.jpg)
Polis ambil keterangan tiga individu berhubung perkahwinan diraja Tengku Mahkota Pahang
Polis telah mengambil keterangan tiga individu berhubung satu hantaran tular berkenaan perkahwinan diraja melibatkan Tengku Mahkota Pahang Tengku dengan seorang wanita.
![Dua ditahan disyaki samun bersenjata, menyamar anggota polis Dua ditahan disyaki samun bersenjata, menyamar anggota polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/81731816816_TBLOGOPOLISGENERIC.jpg)
Dua ditahan disyaki samun bersenjata, menyamar anggota polis
Suspek bersenjatakan pistol datang ke rumah seorang wanita warga Indonesia kononnya untuk tujuan pemeriksaan selain memperkenalkan diri sebagai anggota polis.
![Empat wanita ditahan disyaki samun rantai warga emas Empat wanita ditahan disyaki samun rantai warga emas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/41731923077_TBLOGOPOLISGENERIC.jpg)
Empat wanita ditahan disyaki samun rantai warga emas
Keempat-empat wanita berusia 30 hingga 41 tahun itu ditahan di persimpangan lampu isyarat Jalan Semangat PJS 13 di sini.
![Polis kesan sekumpulan lelaki samun barang kemas lebih RM1.5 juta Polis kesan sekumpulan lelaki samun barang kemas lebih RM1.5 juta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/81731730322_TBZulkafliSariaat.jpg)
Polis kesan sekumpulan lelaki samun barang kemas lebih RM1.5 juta
Polis giat mengesan sekumpulan lelaki disyaki melakukan samun bersenjata terhadap dua lelaki dan melarikan barang kemas dianggar bernilai RM1.54 juta di sini hari ini.