Polis tumpas sindiket seleweng diesel Petronas, 27 ditahan

Bernama
Januari 10, 2024 15:05 MYT
Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata kejayaan itu adalah hasil pemantauan dan siasatan dalaman Petronas yang mengesan kecurian diesel syarikat berkenaan sejak 2021.
KUALA LUMPUR: Polis berjaya menumpaskan sindiket penyelewengan minyak diesel Petronas melibatkan pembekalan kepada kapal-kapal marin yang beroperasi dengan syarikat minyak dan gas negara itu, selepas menahan 27 suspek dalam dua operasi khas pada bulan Julai dan Oktober lepas.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata kejayaan itu adalah hasil pemantauan dan siasatan dalaman Petronas yang mengesan kecurian diesel syarikat berkenaan sejak 2021.
Beliau berkata modus operandi sindiket yang beroperasi di pantai timur itu ialah memindahkan dan menjual minyak diesel dari kapal yang dikesan melalui rekod 'Vessel Fuel Monitoring System' yang terdapat pada pengangkutan berkenaan.
"Kesemua suspek yang ditahan adalah dari pelbagai sektor perkapalan termasuk anak kapal, dan nilai kerugian sekitar RM12 juta," katanya dalam kenyataan hari ini.
-- BERNAMA
#Petronas #penyelewengan disel #PDRM #sindiket tumpas
;