KUALA LUMPUR: Polis menahan seorang lelaki dan dua wanita tempatan kerana disyaki terlibat mencuri dan menjual semula beg tangan berjenama mewah yang dilarikan dari sebuah premis di ibu negara, pada Sabtu lepas.
Ketua Polis Daerah Sentul ACP Beh Eng Lai berkata kejadian itu berlaku di sebuah premis di Solaris Dutamas di sini, pada 10.07 malam, 1 November lepas dan polis menerima laporan berhubung kehilangan beg-beg berkenaan pada 4 November.
Beliau berkata dalam kejadian berkenaan, suspek telah mencuri empat beg tangan iaitu dua berjenama Chanel dan masing-masing satu jenama Hermes dan Louis Vuitton dengan nilai kerugian dianggar RM145,288.
"Bertindak atas risikan yang dijalankan, polis telah membuat serbuan di sebuah rumah di Salak Selatan dan menahan tiga individu berusia lingkungan 28 hingga 30 tahun.
"Pihak polis merampas beg tangan Louis Vuitton, dua keping resit, sepasang pakaian dipakai suspek sewaktu kejadian dan wang tunai berjumlah RM22,300 dipercayai hasil jualan semula beg-beg yang dicuri," katanya ketika dihubungi hari ini.
Selain itu, polis turut menyerbu dua premis di Bukit Bintang yang disyaki membeli beg dijual suspek dan merampas tiga beg yang dicuri berserta dua keping resit pembelian tertera nama suspek.
Beh berkata siasatan mendapati modus operandi kes tersebut didalangi seorang lelaki berusia 30 tahun yang aktif sejak tahun lepas yang menyasarkan kedai menjual beg tangan berjenama mewah.
"Setelah mengenal pasti sesebuah kedai, suspek akan berurusan di kaunter dan meminta pekerja mengambil barangan yang tidak dipamerkan dari dalam setor. Setelah ditinggalkan bersendirian, suspek akan membawa lari kesemua barangan di atas kaunter.
"Beg-beg itu kemudiannya akan dijual semula di kedai beg tangan mewah terpakai (secondhand) pada harga yang lebih rendah daripada harga pasaran iaitu di antara RM15,000 dan RM50,000 bergantung kepada jenama," katanya.
Kes disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan kerana mencuri dalam bangunan.
Suspek lelaki yang mempunyai tiga rekod jenayah lampau, kini direman sehingga esok bermula 5 November lepas manakala dua wanita itu dibebaskan dengan jaminan pada 7 November.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Nov 09 2022
Modus operandi kes tersebut didalangi seorang lelaki berusia 30 tahun yang aktif sejak tahun lepas yang menyasarkan kedai menjual beg tangan berjenama mewah. - Foto: Polis KL
Tumpuan Selasa – 26 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (25 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
'Kakak' dan 'adik' sihat...sambut kelahiran 100 hari
Pasangan kembar panda yang dikenali 'Kakak dan 'Adik' yang pertama kali dilahirkan di Hong Kong dikhabarkan membesar dengan sihat dan cergas dibawah jagaan Taman Hidupan Liar wilayah berkenaan. Perkhabaran itu diumumkan Taman Hidupan Liar Ocean Park Hong Kong bersempena dengan sambutan kelahirannya kedua pasangan itu yang kini berusia 100 hari sejak dilahirkan pada 15 Ogos lalu.
Penduduk rungut sesak nafas, gatal tekak akibat jerebu Delhi
Penduduk yang tinggal di New Delhi, India mengadu sakit tekak dan sesak nafas akibat kualiti udara yang semakin merosot di bandar itu. Kualiti udara di bandar yang dinamakan sebagai bandar paling tercemar di dunia pada tahun 2023 itu kini masih kekal pada paras merbahaya dengan indeks bacaan kualiti udara (AQI) 688 setakat pagi Isnin.
Iran mahu hukuman mati untuk Netanhayu, Gallant
Hanya hukuman mati setimpal untuk Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanhayu dan Bekas Menteri Pertahanannya, Yoav Gallant atas jenayah mereka di Asia Barat, kata Pemimpin Iran, Ayatollah Ali Khamenei.
Polis lepaskan gas pemedih mata kepada penyokong Imran
Polis daerah Attock di barat laut Pakistan terpaksa melepaskan gas pemedih mata bagi menyuraikan ratusan penunjuk perasaan yang mengadakan protes membebaskan bekas perdana menteri Imran Khan pada Isnin.
Pesawat kargo DHL terhempas di Vilnius
Polis Lithuania tidak menangkis serangan pengganas boleh menjadi punca kepada nahas pesawat kargo DHL terhempas berhampiran lapangan terbang Vilnius pada pagi Isnin. Nahas itu seperti yang disahkan oleh Ketua Polis telah mengorbankan seorang individu dan mencederakan tiga yang lain, yang kini masih ditempatkan di hospital untuk menerima rawatan.
Datuk Seri Vida lantik peguam selesai isu sitaan & hutang
Datuk Seri Vida atau nama sebenar Hasmiza Othman berkata akan melantik peguam bagi menyelesaikan isu berkaitan tuntutan hutang dan sitaan melibatkan aset mewah miliknya.
Beliau dalam kenyataan di laman Instagram miliknya pada Isnin berkata, beliau mengambil perkara ini dengan serius dan memberikan sepenuh perhatian terhadap isu dibangkitkan.
Beliau dalam kenyataan di laman Instagram miliknya pada Isnin berkata, beliau mengambil perkara ini dengan serius dan memberikan sepenuh perhatian terhadap isu dibangkitkan.
Kahar: Kapla High Council bakal cetus fenomena baharu?
Wartawan Ridauddin Daud menemubual beberapa pelakon Kahar: Kapla High Council ketika tayangan perdana pada Isnin.
Tidak akan terburu-buru, perlu kajian mendalam
Kerajaan tidak akan terburu-buru dalam meletakkan syarat tambahan bagi pembaharuan lesen memandu kepada warga emas.
Polis tahan lelaki tular aniaya kucing
Polis menahan seorang lelaki di Jalan Klang Lama petang semalam kerana disyaki melakukan penganiayaan terhadap seekor kucing.
KPT serah kepada polis siasat dakwaan pensyarah hina Nabi
Zambry berkata pihaknya telah meminta siasatan segera termasuk satu laporan lengkap mengenai insiden berkenaan sejurus isu itu tular.
Polis minta bantuan orang ramai kesan dua remaja perempuan hilang
Kedua-dua remaja berkenaan ialah K. Rimashini, 15, dan Nur Adleena Batrisyia Mohd Saiful Nourman, 16.
Polis siasat kereta pengiring VIP rempuh kenderaan awam di Lebuhraya PLUS
Pengarah JSPT Bukit Aman Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata pihaknya telah menerima maklumat berhubung insiden berkenaan.
Lee Lam Thye seru PDRM rombak latihan, utamakan nilai, etika dan integriti
Tan Sri Lee Lam Thye menyatakan sokongan terhadap kenyataan Ketua Polis Negara berhubung cabaran semasa yang dihadapi pasukan polis.
Polis tahan tiga lelaki disyaki terlibat kes ragut di Subang Jaya
Seorang daripada lelaki tersebut direman tiga hari hingga 18 November manakala dua lagi direman sehari.
Lewat daftar masuk penerbangan punca pergaduhan di KLIA Terminal 1 - Polis
Akibat selisih faham itu, berlaku pergaduhan kecil dan petugas syarikat penerbangan berkenaan mengalami kecederaan ringan.
Sri Lanka kerah 90,000 anggota keselamatan untuk Pilihan Raya Parlimen
Pasukan keselamatan dikerah mulai Selasa untuk pastikan pilihan raya berjalan bebas dan adil, setakat ini tiada sebarang aduan serius diterima.
Mayat ibu dalam peti sejuk beku: 'Suspek keluar 3 kali dalam tempoh dua minggu untuk cari makan' - Jiran
Bahagian depan halaman rumah suspek dalam keadaan bersemak dan tidak terurus.
Kes kehilangan beg berisi RM1 juta tiada unsur jenayah - Polis
Siasatan polis mendapati kes itu lebih berbentuk kecuaian dari aspek pengendalian ketika menutup pintu van, bukannya satu komplot untuk mencuri.