Polis tubuh pasukan khas siasat penyelewengan 1MDB

Astro Awani
Mac 9, 2015 22:52 MYT
KHALID: Sebuah pasukan khas telah ditubuhkan bagi menyiasat kes penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Sebuah pasukan khas telah ditubuhkan bagi menyiasat kes penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Mendedahkan perkara itu, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata pasukan tersebut dianggotai Polis Diraja Malaysia (PDRM), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Jabatan Peguam Negara.
Menurut Khalid, semua laporan yang diterima berkaitan penyelewengan 1MDB akan dirujuk kepada pasukan tersebut yang ditubuhkan empat hari lalu.
Kes akan dirujuk mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana tipu dan 409 kanun sama kerana pecah amanah.
Khalid ditemui selepas menghadiri majlis menandatangani surat setuju terima kolaborasi latihan PDRM dan University of Derby di Cheras, Selangor.
#1MDB #Khalid Abu Bakar #pasukan khas #Seksyen 420 #SPRM
;