Polis tidak terima surat MITI untuk rentas negeri sehingga 21 Julai

Astro Awani
Julai 17, 2021 00:26 MYT
Ketua Polis Negara Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, arahan ini akan dikuatkuasakan di semua sekatan jalan raya (SJR) di sempadan-sempadan negeri. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Polis mengesahkan tidak lagi menerima dokumen kebenaran Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) sebagai kelulusan pergerakan yang sah untuk merentas negeri.
Perkara berkenaan berkuat kuasa bagi tempoh 18 hingga 21 Julai 2021, bagi semua pergerakan rentas negeri.
Dalam satu kenyataan pada Sabtu, Ketua Polis Negara Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, arahan ini akan dikuatkuasakan di semua sekatan jalan raya (SJR) di sempadan-sempadan negeri.
Katanya, ketetapan berkenaan diambil susulan terdapat peningkatan bilangan kenderaan di lebuh raya sejak dua hari lalu.
Jelas beliau, ia dibuat bagi mengelak tindakan tidak bertangungjawab sesetengah individu yang menyalahgunakan surat MITI berkenaan sebagai kelulusan merentas negeri sempena sambutan Aidiladha.
BACA: Tindakan tegas terhadap individu cuba rentas negeri pada Aidiladha ini - Bukit Aman
Bagaimanapun larangan ini tidak terpakai bagi tujuan kecemasan dengan kebenaran pihak polis, serta urusan vaksinasi.
#surat MITI #dokumen MITI #Ketua Polis Negara #Acryl Sani Abdullah Sani #rentas negeri #sempadan #Aidiladha
;