SHAH ALAM: Polis tidak akan berkompromi terhadap sebarang perbuatan memiliki, membeli, menjual dan mengedarkan senjata angin dan tiruan.
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata ia berikutan pihaknya ada menerima aduan daripada orang ramai yang gusar tentang urusan pembelian, penjualan dan pengedaran secara dalam talian apa sahaja senjata termasuk senjata angin atau tiruan yang mudah diperoleh.
Susulan itu, Hussein menasihati masyarakat agar tidak terlibat dalam sebarang aktiviti itu atau berdepan tindakan undang-undang.
"Pada tahun lalu, tindakan undang-undang telah diambil berhubung satu kejadian melepaskan tembakan menggunakan senjata tiruan di Shah Alam dengan suspek kes ini telah dituduh di bawah Seksyen 36 Akta Senjata 1960 dan dihukum denda RM1,000," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Hussein berkata penggunaan senjata tiruan juga boleh mendatangkan kecederaan sehingga parah dan menyebabkan kematian.
"Bagi kesalahan mengakibatkan kecederaan, ia boleh dihukum di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan iaitu penjara hingga 10 tahun atau denda atau sebat.
Bagi kesalahan mencederakan orang yang menyebabkan kematian, ia boleh dihukum bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman gantung sampai mati," katanya.
Selain itu, Hussein berkata bagi kegiatan membeli, menjual, memiliki dan mengedarkan apa-apa senjata berbahaya selain senjata api, ia merupakan kesalahan bawah Seksyen 6 Akta Bahan-Bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958.
"Sabit kesalahan boleh dipenjara satu tempoh tidak melebihi dua tahun dan disebat," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Oct 31 2023
Hussein berkata penggunaan senjata tiruan juga boleh mendatangkan kecederaan sehingga parah dan menyebabkan kematian. - Gambar fail/BERNAMA
10,000 sertai Community Safety Run PDRM
Program larian berskala besar itu bersempena sambutan Hari Polis ke-217 menjalinkan kerjasama PDRM bersama pelbagai pihak dan masyarakat
6 maut, 4 cedera, 26 lagi hilang runtuhan lombong emas
Hujan lebat sejak Sabtu mendorong pihak berkuasa tempatan, termasuk pasukan Basarnas dikerahkan segera ke kampung Tulabolo.
Jack Grealish dan teman wanita umum bakal timang cahaya mata
Pasangan itu masih belum mendedahkan tarikh kelahiran bayi berkenaan.
Isu rasis, Perancis gantung Jaminet
Siasatan dalaman sedang dijalankan untuk mendapatkan penjelasan tentang komen ini.
Michael Olise dedah faktor tolak Man United, Chelsea sebelum sertai Bayern
Bayern mengesahkan pembelian Olise bernilai GBP52 juta dari Crystal Palace dengan perjanjian lima tahun pada Ahad.
Pemimpin sayap kiri Perancis gesa Macron panggil NFP bentuk kerajaan
Melenchon menggesa Perdana Menteri untuk meletakkan jawatan dan Macron harus memanggil NFP untuk membentuk kerajaan baharu.
Insan mulia Mansor Puteh derma darah 631 sepanjang hayatnya - Menteri Kesihatan
Pusat Darah Negara Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) merakamkan takziah ke atas pemergian Mansor.
Gempa bumi 6 skala Richter landa Kepulauan Bonin, Jepun
Satu gempa bumi kuat berukuran enam pada skala Richter dikesan berlaku di Kepulauan Bonin, Jepun pada 4.01 pagi tadi.
Paris 2024: Ariana Nur Dania 'bidik' pengalaman atau podium?
Ariana Nur Dania akan menjalani latihan pecutan akhir di Korea Selatan ditemani dua rakan lain, Nurul Azreena dan Syaqiera.
WEF #AMNC24: Memperkukuh ekosistem syarikat pemula Asia Tenggara
Ketua ESG & Ekonomi Sirkular, Gobi Partners, Carlo Chen-Delantar mengupas cabaran semasa, unjuran masa depan serta usaha menambah baik ekosistem syarikat pemula di Asia Tenggara.
PRK Sungai Bakap: Jangan bimbang keselamatan - Polis
Pengundi DUN Sungai Bakap tidak perlu bimbang untuk keluar mengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) kawasan itu esok kerana keadaan keselamatan berada di tahap paling baik.
12 individu, penganjur 'Demo Rakyat Lawan Anwar' dipanggil rakam keterangan
Seramai 12 individu termasuk penganjur akan dipanggil untuk dirakam keterangan bagi membantu siasatan berhubung himpunan 'Demo Rakyat Lawan Anwar' di Kompleks Seri Perdana, Putrajaya pada Sabtu.
Polis Maldives tahan Timbalan Menteri didakwa terlibat dengan ilmu hitam
Fathimath Shamnaz Ali Saleem dan dua individu lain ditahan pada Ahad di ibu negara Male dan direman selama tujuh hari.
Polis tumpas geng pecah rumah didalangi warga Amerika Latin, rampas barangan lebih RM4 juta
Tangkapan itu susulan kejadian pecah rumah seorang ahli perniagaan di Bukit Damansara yang kerugian kira-kira RM7 juta pada 31 Mei lepas.
Polis tahan tiga lelaki disyaki terbabit judi bola sepak Euro 2024
Dua lelaki tempatan berusia 40 dan 44 tahun itu serta seorang warga asing berumur 34 ditahan di tiga lokasi sekitar Cheras.
489 kes jenayah komersial direkodkan di Seremban sejak Januari
Sebanyak 25 individu ditahan dan dituduh di bawah Seksyen 424 Kanun Keseksaan.
Geng pecah rumah warga asing tumpas
Polis Daerah Ampang Jaya menerima laporan berhubung kejadian jam 3.10 pagi, pada Isnin.
Kaki judi EURO 2024 dicekup
Lelaki tempatan berusia 42 dan 47 tahun itu ditahan anggota D7 Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur kira-kira jam 1.30 pagi Khamis.
Mekanik warga emas rugi RM17,220 terperdaya iklan palsu jualan MPV
Mangsa yang membuat laporan polis semalam mendakwa telah membuat bayaran ke dalam dua akaun bank tempatan yang diberikan seorang suspek.
Justin Timberlake ditahan memandu dalam keadaan mabuk di New York
Timberlake dihadapkan ke mahkamah pada Selasa atas tuduhan memandu di bawah pengaruh alkohol.