Polis Thailand tahan warga M'sia seludup daun ketum

Bernama
Januari 27, 2016 12:51 MYT
Menurut polis, lelaki terbabit sedang ditahan di Balai Polis Daerah Betong sebelum dihadap ke mahkamah untuk didakwa bawah undang-undang kesalahan dadah Thailand. - Gambar fail
Polis Thailand menahan seorang rakyat Malaysia di pusat imigresen Betong, Yala dan menemui 80 ketul daun ketum mampat seberat 15 kilogram yang disembunyikan di bahagian belakang keretanya petang semalam.
Timbalan Ketua Polis Pattani, Lt Pol Piyawat Khuangsri berkata lelaki berusia 31 tahun ini itu didapati cuba menyeludup masuk daum ketum yang diperolehnya dari Baling untuk dijual kepada pengedar tempatan.
"Hasil siasatan menunjukkan lelaki itu memperoleh daum ketum pada harga Baht 350 (RM4.10) sekilogram dan cuba menjualnya kepada pengedar tempatan pada harga Baht 800 (RM9.50) sekilogram," katanya kepada pemberita.
Menurutnya, lelaki terbabit telah beberapa kali menyeludup masuk daum ketum ke Thailand menerusi pintu masuk itu, sebelum dia ditahan kali ini.
Piyawat berkata lelaki terbabit sedang ditahan di Balai Polis Daerah Betong sebelum dihadap ke mahkamah untuk didakwa bawah undang-undang kesalahan dadah Thailand.
#daun ketum #Imigresen #polis thailand #rakyat Malaysia
;