Polis Thailand buru warga Malaysia susulan insiden tembak di Sg Golok
Astro Awani
Jun 30, 2015 09:11 MYT
Jun 30, 2015 09:11 MYT
Polis Thailand masih memburu seorang lagi suspek berwarganegara Malaysia yang berjaya meloloskan diri semasa satu serbuan dijalankan di pekan Sungai Golok, susulan insiden tembak yang berlaku semalam.
Dalam kejadian tersebut,dua mangsa yang juga warga Malaysia, Muhammad Asshraf Zafri maut manakala rakannya, Muhamad Irfan Muhamad Zain cedera parah ditembak dua lelaki bermotosikal di Jalan Charengket, Sungai Golok pada 3.30 pagi Isnin.
Dalam serbuat yang dibuat pasukan polis, seorang suspek warga Thailand berusia 52 tahun berjaya ditahan.
Pegawai Penyiasat Balai Polis Sungai Golok, Kol Pol Somchai Pearkan berkata, serbuan itu dibuat selepas melihat rakaman litar kamera tertutup (CCTV).
Asshraf maut terkena satu das tembakan di kepala.
Manakala Muhamad Irfan parah terkena tembakan di belakang badan dan masih dirawat di hospital di Sungai Golok.
Polis menemui dua kelongsong peluru jenis 0.9mm dan 14 butir peluru di lokasi kejadian.
Semasa kejadian, kedua-dua mangsa menyeberang sempadan melalui sungai di Pengkalan Prapa dan menyewa motosikal untuk berurusan di Sungai Golok.