Polis terima lima laporan 'pelancong' China bekerja di Semporna

Bernama
Oktober 4, 2024 14:45 MYT
Ketua Polis Daerah Semporna Supt Mohd Sabri Zainol berkata kesemua laporan polis itu dilakukan oleh pengusaha pelancongan di daerah itu pada Rabu lepas.
SEMPORNA: SEMPORNA, 4 Okt (Jumaat) -- Polis menerima lima laporan berkaitan ketidakpuasan hati mengenai warga China yang menyalahgunakan pas lawatan untuk bekerja di Semporna.
Ketua Polis Daerah Semporna Supt Mohd Sabri Zainol berkata kesemua laporan polis itu dilakukan oleh pengusaha pelancongan di daerah itu pada Rabu lepas.
"Pengadu menyatakan ketidakpuasan hati berikutan terdapat warga China yang menggunakan pas lawatan dan bekerja di Semporna tanpa memiliki sebarang pas bekerja yang sah," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata pengadu khuatir perkara itu akan memberikan kesan negatif kepada sektor pelancongan dan perniagaan di Semporna.
Susulan itu, perkara berkenaan dirujuk kepada pihak Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan untuk tindakan lanjut.
-- BERNAMA
#Semporna #laporan polis #pelancong China bekerja #pas lawatan
;