Polis terima laporan kes gaduh libat anak bekas Exco Pulau Pinang
Sinar Harian
Mei 21, 2024 14:10 MYT
Mei 21, 2024 14:10 MYT
GEORGE TOWN: Polis mengesahkan menerima laporan mengenai pergaduhan melibatkan beberapa individu di sebuah kafe di Jalan Sultan Ahmad Shah di sini pada 13 Mei lalu.
Pengesahan itu dibuat Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Razlam Ab Hamid ketika dihubungi pada Selasa.
Menurutnya, laporan berkenaan dibuat oleh kedua-dua pihak yang terlibat dalam kejadian berkenaan.
Beliau bagaimanapun berkata, maklumat berhubung kejadian berkenaan akan diberikan pada petang nanti.
Sebelum ini, tular satu klip video berdurasi 43 saat memaparkan sekumpulan individu sedang bergaduh di sebuah lokasi di sekitar negeri ini.
Difahamkan, salah seorang yang terlibat dalam pergaduhan itu adalah anak bekas Exco Pulau Pinang bergelar Datuk yang pernah berkhidmat dengan Kerajaan Pulau Pinang sejak 1999 sehingga 2018. - Sinar Harian