KANGAR: Polis menerima 27 laporan kerosakan rumah akibat ribut yang melibatkan 11 kampung di beberapa kawasan di negeri ini, malam tadi.
Ketua Polis Perlis Datuk Surina Saad berkata ribut selama sejam itu bermula kira-kira 7.30 malam dan laporan berhubung kerosakan rumah kemudian diterima pihaknya sejak malam tadi hingga 10 pagi ini.
Beliau berkata kesemua 11 kampung tersebut melibatkan Kampung Bunga Emas, Kampung Serdang, Kampung Dato' Ahmad Musa, Kampung Sungai Padang, Kampung Bongor Kudung, Kampung Tengah Tok Pulau, Jalan Sungai Baru, Kampung Padang Keria, Kampung Pauh Sanglang, Kampung Permatang Bongor serta Kampung Tok Pulau.
"Jumlah kerugian dianggarkan bernilai RM130,500 namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan berlaku.
"Mangsa diminta segera membuat laporan polis bagi membolehkan tindakan selanjutnya dilakukan oleh agensi berkaitan," katanya yang dihubungi Bernama hari ini.
Surina turut menasihati kesemua mangsa supaya menjaga keselamatan diri dan keluarga serta mematuhi prosedur operasi standard (SOP) bagi mengelak penularan wabak COVID-19.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) Mohd Nazim Mohd Noor berkata tinjauan pihaknya pada malam tadi dan pagi ini mendapati sebanyak 25 peratus daripada 22 rumah yang terjejas memerlukan pembaikan segera menjelang sambutan Aidilfitri.
"Pihak MAIPs bersama kerajaan negeri dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Perlis telah menghulurkan bantuan awal malam tadi dan kita akan melakukan perbincangan bersama agensi berkaitan bagi mencari kaedah memberi bantuan dan sumbangan," katanya.
Mohd Nazim berkata tiga kawasan yang terjejas ialah Sanglang, Simpang Empat dan Guar Sanji.
"MAIPs mengucap takziah kepada mangsa dan berharap mereka bersabar dengan dugaan ini sebagai ujian di bulan Ramadan yang membuka ruang untuk bermuhasabah," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 04 2021
Jumlah kerugian dianggarkan bernilai RM130,500 namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan berlaku. - Gambar hiasan
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS
Ringgit dijangka boleh menguji paras RM4.40 hari ini berdasarkan keadaan pasaran yang bertambah baik.
AWANI Ringkas: Kepengerusian ASEAN, program SARA
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
USANITA, Universiti Oxford tandatangani MoU perkasa pendidikan eksekutif Malaysia
Ketua Pengarah Eksekutif USANITA lakar sejarah jadi usahawan wanita pertama dari Malaysia dan ASEAN tandatangani MoU berkenaan.
#Ringkas 6 Februari 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 6 Februari 2025
1️⃣ Kepengerusian ASEAN, program SARA
2️⃣ Dakwa pendedahan portal berita berniat jahat
3️⃣ EU, Jerman kecam cadangan disifatkan tidak masuk akal
#awaniringkas
1️⃣ Kepengerusian ASEAN, program SARA
2️⃣ Dakwa pendedahan portal berita berniat jahat
3️⃣ EU, Jerman kecam cadangan disifatkan tidak masuk akal
#awaniringkas
The Economy: PuTERA35: Needs Rigour, Fairness, Self-Awareness
Lee Hwok Aun, Senior Fellow at ISEAS – Yusof Ishak Institute, examines PuTERA35, emphasizing the need for rigor, fairness, and self-awareness in its approach and implementation.
Kementerian luar, perdagangan dan pertahanan Korea Selatan halang akses ke DeepSeek
Menurut beberapa sumber kementerian, akses kepada perkhidmatan itu disekat pada komputer kementerian yang disambungkan ke rangkaian luaran.
Kepengerusian ASEAN, langkah tangani geopolitik antara fokus Dewan Rakyat hari ini
Menteri Luar diminta terangkan objektif Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN 2025 dalam memacu kesatuan, daya tahan dan relevansi ASEAN.
Khazanah: Nisbah pelaburan di Malaysia akan kekal lebih 60 peratus
Ketua Pegawai Pelaburan Khazanah Datuk Hisham Hamdan berkata, portfolio dana kekayaan berdaulat itu akan memastikan nisbah pelaburannya kekal melebihi 60 peratus di Malaysia. Pihaknya juga akan sentiasa memantau dan mengimbangi semula portfolio pelaburan dengan sewajarnya untuk mencapai pulangan optimum berdasarkan pendedahan risiko semasa.
Singapura guna FICA bagi tangani manipulasi algoritma ketika tempoh pilihan raya
Pelbagai peruntukan di bawah FICA boleh digunakan bagi mengekang campur tangan asing secara dalam talian yang didorong oleh algoritma.
Malaysia tolak pemindahan paksa rakyat Palestin
Pemindahan paksa itu merupakan satu bentuk pembersihan etnik yang jelas melanggar undang-undang antarabangsa dan pelbagai resolusi PBB.
AS dilanda ribut salji luar biasa
Dua kes kematian berpunca selesema di Texas manakala dua lagi kematian akibat hipotermia di Georgia dan Milwaukee.
479 mangsa terjejas, 113 rumah rosak, roboh akibat ribut
Ribut yang melanda empat perkampungan atas air di sini semalam mengakibatkan 497 orang terjejas dengan 113 kediaman rosak serta roboh.
PPS Bubul Ria dibuka tempatkan mangsa ribut di Semporna
PPS itu akan menempatkan penduduk terjejas dari empat kampung iaitu Kampung Selamat, Kampung Seri Aman, Kampung Sejati serta Kampung Batu.
30 rumah rosak akibat ribut di Semporna
Kira-kira 30 rumah serta sebuah masjid di dua perkampungan atas air rosak akibat angin kencang yang melanda pada 4.30 pagi tadi.
Tersadai di Jambatan Pulau Pinang gara-gara angin kencang
Kejadian angin kuat di kawasan berkenaan menyebabkan penunggang motosikal turut 'ditolak' angin berkenaan.
Ribut dihadapi Filipina berkurangan tetapi semakin kuat - PAGASA
Filipina kini menghadapi ribut yang semakin berkurangan tetapi bertambah kuat dalam beberapa tahun kebelakangan ini.
Puting beliung gemparkan penduduk Pendang, Yan
Ribut di daerah itu mengakibatkan enam buah rumah penduduk rosak.
Operasi mencari diteruskan selepas ribut di Sepanyol ragut sekurang-kurangnya 158 nyawa
Sekurang-kurangnya 155 kematian direkodkan di Valencia, kawasan yang paling teruk terjejas.
Kemaman sekali lagi dilanda ribut
Daerah Kemaman sekali lagi dilanda ribut petang tadi hingga menyebabkan lebih 20 buah rumah di sekitar Chukai dan Kijal mengalami kerosakan, terutama di bahagian bumbung.
Ribut, hujan batu di Chukai: Warga emas hampir dihempap bumbung
Seorang warga emas nyaris dihempap siling rumah yang runtuh dalam kejadian ribut dan hujan air batu di Bandar Chukai dekat daerah Kemaman, petang semalam.