IPOH: Seorang anggota polis tentera didakwa di Mahkamah Sesyen di sini atas dua pertuduhan merompak dua beradik minggu lepas.
Lans Koperal S. R. Alex Praba, 21, mengaku tidak bersalah sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Norita Mohd Ardani.
Tertuduh didakwa merompak beg tangan milik kedua-dua wanita yang berusia 21 dan 27 tahun di kawasan kebun kelapa sawit bersebelahan Jalan Kampung Paya Nibong, Ayer Tawar di Manjung pada 12.15 pagi, 21 Dis lepas.
Kedua-dua pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 14 tahun dan denda atau sebat jika sabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Nazreen Zabarudin menawarkan jaminan RM10,000 namun peguam Vivian Michelle yang mewakili tertuduh memohon jaminan rendah atas alasan anak guamnya berpendapatan RM1,500 dan menanggung ibu bapanya.
Norita membenarkan jaminan sebanyak RM7,000 dengan seorang penjamin dengan syarat tambahan tertuduh dilarang mengganggu mangsa dan saksi-saksi pendakwaan sehingga kes selesai dan menetapkan 31 Jan untuk sebutan semula kes.
Difahamkan, tertuduh bertugas di Sarawak dan ketika kejadian sedang bercuti di kampung halaman sempena sambutan Hari Krismas di Manjung.
Di mahkamah sama, anggota tentera laut Mohd Muhazzam Shah Mohd Salem, 36, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal dan merogol remaja 17 tahun yang merupakan kenalannya, di bilik tidur, sebuah apartmen di Lumut pada 11 malam 17 Dis lepas.
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan dan Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang membawa hukuman sama serta hendaklah diletakkan di bawah pengawasan polis bagi satu tempoh minimum setahun dan maksimum tiga tahun, jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nur Amanina Zulkefli manakala Mohd Muhazzam yang mempunyai tiga anak berusia setahun hingga enam tahun diwakili peguam Fahmi Izzudin Jefri.
Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan dilarang mengganggu mangsa dan saksi pendakwaan sehingga kes selesai dan menetapkan 11 Feb untuk sebutan semula kes bagi menunggu laporan perubatan dan serahan dokumen.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Dec 31 2021
Lans Koperal S R Alex Praba didakwa di Mahkamah Sesyen di Ipoh semalam atas dua pertuduhan merompak dua beradik perempuan pada minggu lepas. --fotoBERNAMA
Bekalan elektrik terputus, 165,000 penduduk Toronto terjejas banjir
Banjir juga menyebabkan beberapa kenderaan di bandar itu terkandas di jalan yang ditenggelami air berhampiran Jambatan Dundas.
Dua warga AS antara yang ditemui maut di hotel Thailand
Menurut polis Thailand, kesemua mangsa adalah berketurunan Vietnam, dengan dua daripadanya membawa pasport AS.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [17 Julai 2024]
[LANGSUNG] Fokus #AWANIpagi 17 Julai 2024 7.30 pagi,
Antara fokus Awani Pagi bersama Nursyazwani Saiful Sham & Azib Zikry
1. Keluarga Nur Farah Kartini mohon henti keluar kenyataan guris hati
2. Kim Pan-gon akui akan rindui sokongan rakyat Malaysia
3. Astro penyiar rasmi Sukan Olimpik Paris 2024
Antara fokus Awani Pagi bersama Nursyazwani Saiful Sham & Azib Zikry
1. Keluarga Nur Farah Kartini mohon henti keluar kenyataan guris hati
2. Kim Pan-gon akui akan rindui sokongan rakyat Malaysia
3. Astro penyiar rasmi Sukan Olimpik Paris 2024
Langkah menoktahkan kemiskinan tegar di Sabah antara tumpuan Dewan Rakyat
Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin meminta Menteri Ekonomi menyatakan langkah tersebut pada sesi jawab lisan.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta pastikan kemampanan sektor air
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air.
[INFOGRAFIK] Tarikh-tarikh penting Istiadat Pertabalan Yang Di-Pertuan Agong ke-17
Berikut adalah info berkenaan dengan tarikh-tarikh penting Istiadat Pertabalan Yang Di-Pertuan Agong ke-17
Menendez didapati bersalah ke atas 16 pertuduhan rasuah
Juri di Mahkamah Persekutuan Manhattan membacakan keputusannya pada Selasa selepas berbincang selama lebih 12 jam selama tiga hari.
Tindakan keras terhadap penjualan racun makhluk perosak haram - CAP
CAP menggesa Lembaga Racun Makhluk Perosak segera mengambil tindakan keras terhadap penjualan racun makhluk perosak haram di negara ini dan menguatkuasakan dengan tegas Akta Racun Perosak 1974.
SDG: UTP lahir pelajar berkemahiran, tinggi tanggungjawab sosial
UTP berhasrat mendidik pelajar bukan sahaja untuk mahir dalam aspek teknikal tetapi juga untuk menjadi warganegara yang bertanggungjawab dari segi kemahiran dan keupayaan sosial.
RUU 355: Pindaan perlu untuk praktikaliti, keadilan
Apa sahaja pindaan terhadap akta itu perlu berjalan selari dengan persediaan mereka yang bertanggungjawab melaksanakannya, seperti mahkamah syariah, pegawai penguatkuasa agama dan peguam syarie.
Kes buli siber Esha: Wanita didenda RM100, pemandu lori mohon bicara
Dua individu didakwa di dua mahkamah berasingan hari ini berkait kematian seorang pempengaruh TikTok dikenali Rajeswary atau Esha.
Mahkamah tolak pengakuan salah lelaki abai anak
Hakim menolak pengakuan Roslan yang pada mulanya mengaku bersalah selepas mendapati pengakuan tersebut dibuat secara bersyarat.
Pembantu tadbir pejabat tanah didakwa palsu dokumen, menipu
Seorang pembantu tadbir pejabat daerah dan tanah sekali lagi didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas empat pertuduhan memalsukan dokumen dan memperdaya bagi pengurusan tanah.
Bekas pengarah syarikat import eksport didenda kemuka dokumen palsu
Seorang bekas pengarah syarikat import eksport didenda RM21,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini setelah mengaku bersalah atas empat pertuduhan mengemukakan dokumen mengandungi maklumat palsu.
Pengawal keselamatan didakwa rogol remaja OKU
Mahkamah menetapkan 12 Ogos depan bagi sebutan semula kes serta serahan dokumen.
Bekas pemilik syarikat dipenjara enam bulan sembunyi lebih RM1.3 juta wang milik wanita
Dia didakwa melakukan perbuatan itu sebuah premis di Sentul pada 19 April lepas mengikut Seksyen 424 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda atau kedua-duanya.
Bekas peguam bebas tuduhan pecah amanah
Mahkamah Sesyen hari ini melepas dan membebaskan seorang bekas peguam daripada tiga pertuduhan pecah amanah wang berjumlah RM627,800, membabitkan urusan pembelian rumah milik pelanggannya.
Jurujual mengaku bersalah lakukan rompakan berkumpulan guna lawi ayam
Seorang jurujual mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan melakukan rompakan secara berkumpulan ke atas seorang pemuda, April lepas.
Pemborong diesel berdepan 116 pertuduhan tidak kemuka dokumen pembelian lebih RM10 juta
Seorang pemborong hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas 116 pertuduhan gagal mengemukakan maklumat berkaitan dokumen pembelian diesel bernilai lebih RM10 juta.
Penganggur dipenjara enam tahun bakar kereta milik seorang wanita
Seorang penganggur dihukum penjara enam tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas mengaku bersalah membakar sebuah kereta milik seorang wanita, dua bulan lepas.