Polis tambah kekuatan anggota di CIQ untuk memudahkan pengundi pulang

Bernama
September 5, 2023 16:19 MYT
Di Bangunan Sultan Iskandar sahaja pihak polis sudah menempatkan sekitar 200 pegawai dan anggota, manakala anggota trafik dalam 60 orang. - Astro AWANI
JOHOR BAHRU: Polis Johor akan menambah kekuatan anggota dan pegawai di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) di Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dan CIQ Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB) bagi memudahkan pengundi pulang menunaikan tanggungjawab.
Ketua Polis Johor Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata bagaimanapun jumlah anggota yang terlibat belum ditentukan.
"Di BSI sahaja kita sudah menempatkan sekitar 200 pegawai dan anggota, manakala anggota trafik dalam 60 orang, jadi mungkin saya akan tambah lagi kekuatan anggota trafik ini.
"Pada masa yang sama, kita juga akan membuka semua laluan. Kita telah berbincang dengan pihak Imigresen serta kerajaan negeri dan kita akan pastikan semua laluan akan dibuka," katanya.
PRK Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram diadakan susulan kematian Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Datuk Seri Salahuddin Ayub, yang juga penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram, pada 23 Julai lepas.
Bagaimanapun, tiada pengundian awal untuk kerusi DUN tersebut.
SPR menetapkan hari pengundian bagi kedua-dua kerusi tersebut pada Sabtu ini, selepas tempoh berkempen yang bermula sejak 26 Ogos lepas, dan berakhir pada 11.59 malam, 8 Sept.
-- BERNAMA
#CIQ #anggota polis #pengundi #PRK #Bangunan Sultan Iskandar #KSAB
;