Polis menyelamatkan seorang pembantu rumah warga Indonesia yang dipercayai dieksploitasi sebagai hamba seks oleh seorang lelaki warga emas di rumahnya di Subang Jaya di sini, Rabu lalu.
Ketua Polis Daerah Subang Jaya ACP Mohammad Azlin Sadari berkata suspek berumur 69 tahun itu yang ditahan pada Rabu lepas, direman sehingga esok. Dia merupakan majikan kepada wanita malang itu yang bekerja di rumahnya sejak empat tahun lalu.
"Mangsa berusia 25 tahun mempunyai dokumen perjalanan diri sah tinggal di rumah suspek sejak 2012 bersama seorang lagi pembantu rumah juga warga Indonesia dan kita percaya mangsa telah dijadikan hamba seks sejak itu.
"Bagaimanapun, seorang lagi pembantu rumah tersebut yang tidak mempunyai dokumen perjalanan sah tidak diperlakukan sebagai hamba seks," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya, di sini hari ini.
Beliau berkata suspek dikatakan turut merakam video perbuatan jijiknya ke atas pembantu rumah terbabit.
Mohammad Azlin berkata polis turut menahan anak perempuan suspek berusia 30 tahun bagi membantu siasatan kes itu, namun dibebaskan dengan jaminan polis.
Katanya kedua-dua pembantu rumah terbabit tinggal di rumah itu bersama suspek dan isterinya yang berada dalam keadaan koma di rumahnya sejak lima tahun lalu.
"Mangsa telah dihantar ke Kedutaan Indonesia sebelum ke rumah perlindungan saksi di Johor Bahru untuk tindakan selanjutnya," katanya.
Mohammad Azlin berkata polis turut merampas cakera keras, tujuh kad memori dan dua cakera padat yang dipercayai mengandungi rakaman perbuatan suspek ke atas mangsa.
Bernama
Tue May 03 2016
Mangsa berusia 25 tahun mempunyai dokumen perjalanan diri sah tinggal di rumah suspek sejak 2012 bersama seorang lagi pembantu rumah juga warga Indonesia. - Gambar hiasan
MySalam: RM1.1 bilion dibayar, memanfaatkan 54,000 pesakit kritikal
Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, MySalah pada asalnya dirancang untuk beroperasi lima tahun iaitu 2019 hingga 2023 dan telah dilanjutkan hingga 2025 .
Zoom dijenama semula sebagai syarikat perkhidmatan komunikasi AI
Penjenamaan semula ini adalah untuk orang ramai tidak lagi melabel Zoom sebagai syarikat yang menawarkan ciri panggilan video semata.
Saringan Minda Sihat mekanisme tangani gangguan emosi murid
Saringan Minda Sihat dilaksanakan setahun sekali kepada Tahun 5 hingga Tingkatan 6 bagi mengenal pasti murid yang mungkin mengalami masalah gangguan emosi.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
NWICE 2024: Platform penting pengurusan sumber air mampan negara
NWICE 2024 menjadi platform dalam memangkin kepada pembangunan teknologi hijau dalam sektor air, selaras dengan agenda kelestarian negara.
Bursa Malaysia dibuka tinggi, jejaki kenaikan di Wall Street
Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 2.33 mata atau 0.15 peratus kepada 1,599.78 daripada 1,597.45 ketika ditutup semalam.
AWANI Ringkas: Mangsa banjir meningkat di lima negeri pagi Selasa
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pemansuhan peperiksaan antara langkah mengurangkan tekanan murid
Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata, KPM kini memberi tumpu kepada pembelajaran inkuari, eksplorasi, pengalaman dan pentaksiran bilik darjah yang dilihat lebih holistik untuk menilai murid.
Pihak berkuasa Gaza beri amaran wabak penyakit dalam kalangan penduduk
Pihak berkuasa Palestin pada Isnin memberi amaran mengenai kemungkinan tercetusnya wabak penyakit dalam kalangan orang awam.
#AWANIRingkas 26 November 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 26 November 2024
1️⃣ Isu pengurusan perumahan, kuarters kerajaan tumpuan hari ini
2️⃣ Suspek bunuh, sumbat ibu dalam peti sejuk didakwa hari ini
3️⃣ Mangsa banjir meningkat di lima negeri pagi Selasa
#awaniringkas
1️⃣ Isu pengurusan perumahan, kuarters kerajaan tumpuan hari ini
2️⃣ Suspek bunuh, sumbat ibu dalam peti sejuk didakwa hari ini
3️⃣ Mangsa banjir meningkat di lima negeri pagi Selasa
#awaniringkas
Siling pekerja asing di Malaysia bagi 2024 adalah 2.58 juta orang
Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution Ismail berkata angka siling bagi pekerja asing bekerja di Malaysia menjelang Disember 2024 adalah 2.58 juta orang.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
Kanak-kanak perempuan 12 tahun jadi hamba seks diselamatkan
Kanak-kanak perempuan 12 tahun antara tiga mangsa yang diselamatkan polis selepas dipercayai dijadikan sebagai hamba seks.
11 tahun jadi hamba seks bapa sendiri, remaja hamil tampil lapor polis
Seorang remaja perempuan yang tinggal di sebuah kampung di sini mendakwa menjadi hamba seks bapanya sejak berusia enam tahun dan kini didapati mengandung hasil hubungan terlarang itu.
Bapa ditahan rogol, jadikan dua anak hamba seks sehingga hamil
Polis menahan seorang lelaki pada Selasa selepas dipercayai merogol dua anak kandungnya yang berusia 12 dan 15 tahun di Jeram sejak 2017.
Penjara 45 tahun, 24 sebatan buat lelaki jadikan dua anak kandung 'hamba seks', ugut bunuh isteri
Tertuduh yang beristeri dua menjadikan anaknya sebagai 'hamba seks' dengan melakukan perbuatan terkutuk itu di setiap ruang rumah termasuk atas sofa ruang tamu dan tangga rumah.
Lelaki mengaku bersalah jadikan dua anak kandung sebagai 'hamba seks'
Sejak tujuh tahun lalu, tertuduh yang berusia 56 tahun itu melakukan perbuatan 'jijik' merogol dan seks luar tabii serta amang seksual.
Tiga remaja jadi hamba seks diselamatkan
Polis turut menahan seorang wanita warga asing dan seorang lelaki tempatan berusia 38 dan 29 tahun disyaki terlibat dalam aktiviti persundalan dan pelacuran.
Ibu, bapa saudara durjana: Remaja jadi hamba seks hampir 3 tahun
Seorang remaja perempuan menanggung derita hampir tiga tahun dipaksa menjadi hamba seks bapa saudaranya atas arahan isteri lelaki itu.
Lelaki keji dihukum penjara 341 tahun jadikan keluarga, anjing peliharaan hamba seks
BAPA sepatutnya melindungi ahli keluarga mereka, tetapi sebaliknya berlaku!
Budak jadi hamba seks bomoh durjana selama 15 tahun
Kanak-kanak perempuan yang ketika itu berusia 12 tahun mendapatkan rawatan di rumah bomoh berusia 68 tahun itu pada tahun 2003.
Skuad Berahi: Pasukan sorak Korea Utara jadi hamba seks pegawai Kim Jong-Un?
Mereka didakwa terpaksa melakukan perbuatan seks terhadap pemimpin parti ketika menghadiri upacara Olimpik.