IPOH: Polis menahan tiga lelaki tempatan kerana didapati memiliki senjata berbahaya dan peralatan polis secara tidak sah di kawasan Sungai Senam, di sini, pada Jumaat.
Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, kesemua suspek berumur antara 27 dan 37 tahun.
Menurutnya, ujian saringan awal air kencing menunjukkan semua suspek positif dadah jenis Methamphetamine dan Amphatamine.
“Kira-kira jam 6.10 pagi Jumaat, kami menerima maklumat daripada orang awam terdapat sebuah kenderaan yang mencurigakan di kawasan Sungai Senam
“Bertindak atas maklumat yang diperolehi, pihak polis telah menahan sebuah kenderaan jenis Perodua Alza yang dinaiki oleh tiga lelaki warga tempatan,” katanya dalam kenyataan pagi ini.
Abang Zainal Abidin berkata, hasil pemeriksaan fizikal serta kenderaan berkenaan, mendapati kesemua suspek memiliki senjata berbahaya dan peralatan polis secara tidak sah.
Menurutnya, semakan rekod lampau mendapati suspek pertama mempunyai sembilan rekod kesalahan jenayah dan empat rekod kesalahan dadah.
Tambahnya, suspek kedua pula mempunyai sembilan rekod kesalahan jenayah dan satu rekod kesalahan dadah manakala suspek ketiga mempunyai enam rekod jenayah dan sembilan rekod kesalahan dadah.
Katanya, kesemua suspek akan ditahan reman untuk membantu siasatan lanjut di bawah Seksyen 6(1) Akta Bahan-Bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 dan Seksyen 89(A) Akta Polis.
Menurut Abang Zainal Abidin, dengan tertangkapnya kumpulan itu, polis percaya dapat menyelesaikan beberapa kes samun dan menyamar sebagai pegawai polis di sekitar daerah Ipoh.
Beliau turut menasihatkan orang awam supaya tidak sewenang-wenangnya membeli dan memiliki senjata berbahaya serta memiliki secara tidak sah peralatan yang dibekalkan kepada polis kerana ia boleh disabitkan dengan kesalahan undang-undang.
Abd Razak Mohd Ali
Sat Jun 22 2024

Senjata berbahaya dan peralatan polis yang dirampas hasil tangkapan ke atas tiga warga tempatan yang aktif melakukan jenayah samun dan menyamar sebagai polis. - Foto PDRM

Projek LCS: Bekas Pengarah Urusan BNS lepas tanpa bebas tuduhan pecah amanah RM21 juta
Mahkamah Sesyen melepas tanpa membebaskan bekas Pengarah Urusan BNS, Tan Sri Ahmad Ramli Mohd Nor, daripada tiga pertuduhan pecah amanah berhubung projek pembinaan Kapal Tempur Pesisir (LCS).
Kuwait kutuk Israel sekat elektrik ke Gaza
Kuwait mengutuk tindakan Israel menyekat bekalan tenaga elektrik ke Semenanjung Gaza dan sifatkan ia sebagai hukuman kolektif terhadap rakyat Palestin.
Singapore Airlines larang guna, cas power bank mulai 1 April
Singapore Airlines akan mula menguatkuasakan polisi larangan menggunakan dan mengecas bank kuasa dalam pesawat bermula 1 April.

Penganggur, ibu tunggal mengaku siar video pertubuhan Geng 36, Geng 04
R Elaango didenda RM3,500 atau penjara dua bulan, manakala Tan Lee Sim didenda RM2,000 atau penjara enam bulan.
Kastam rampas mercun dan bunga api stok musim perayaan
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Pulau Pinang merampas 1,186 karton mercun dan bunga api bernilai RM225,343.30 seberat 7,818 kilogram menerusi dua serbuan di Seberang Jaya dan Simpang Ampat, Nibong Tebal.

Singapore Airlines larang penggunaan, pengecasan bank kuasa mulai 1 April
Pelanggan Singapore Airlines tidak akan dibenarkan menggunakan bank kuasa atau mengecasnya melalui port USB dalam pesawat berkuat kuasa 1 April.
Pensyarah UiTM Jasin maut dalam nahas jalan raya
Seorang pensyarah Universiti Teknologi MARA (UiTM) Jasin, maut dalam nahas di Jalan Dato Mulia, Jasin pada Selasa. Mangsa yang menunggang motosikal merempuh belakang sebuah lori yang membuat pusingan U secara tiba-tiba dan maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala. #AWANInews
Polis terima maklumat baharu berhubung kes Zayn Rayyan
Maklumat terkini mengenai kes pembunuhan Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin, yang melibatkan satu pautan video telah diterima pihak polis. #AWANInews
Bukan hanya trio DJ ERA FM, rakyat juga perlu jadi ejen perpaduan - PM
Dalam usaha menyatukan rakyat Malaysia dari pelbagai latar belakang, agama, kaum, dan bangsa, Setiausaha Akhbar Kanan kepada Perdana Menteri, Tunku Nashrul Abaidah berkata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menekankan pentingnya peranan setiap individu sebagai ejen perpaduan.
Faham dahulu akta terkait kompaun berbeza babit isu sama - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menekankan kepentingan memahami perubahan akta dan undang-undang yang telah diluluskan, yang menyebabkan perbezaan hukuman dan kompaun dikenakan terhadap isu yang sama.
Beliau juga telah meminta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk menjelaskan perkara ini bagi mengelakkan persepsi tidak sihat dan memastikan keharmonian serta kesejahteraan masyarakat terus terpelihara.
Beliau juga telah meminta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk menjelaskan perkara ini bagi mengelakkan persepsi tidak sihat dan memastikan keharmonian serta kesejahteraan masyarakat terus terpelihara.

Petani mengaku tidak bersalah miliki senjata api
Tertuduh, Shahzairos Ramli, 49, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan hakim Musyiri Peet.