KUALA LUMPUR: Tiga pembekal dadah di pusat hiburan di sekitar ibu negara yang digelar 'doktor' adalah antara 180 individu ditahan dalam operasi khas pusat hiburan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kuala Lumpur.
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Azmi Abu Kassim berkata ketiga-tiga suspek berusia lingkungan 20an dan 40an yang terdiri daripada seorang warga tempatan dan dua warga asing itu ditahan dalam operasi tiga hari bermula pada 15 Julai lepas yang turut menyaksikan rampasan beberapa jenis dadah.
Beliau berkata gelaran 'doktor' itu digunakan pelanggan untuk suspek kerana kemahiran mereka mencampurkan beberapa jenis dadah sebelum dijual di pasaran.
"Mereka ini biasanya mencari pelanggan di pusat-pusat hiburan, bar dan juga pusat karaoke. Mereka sudah aktif sekitar enam bulan," katanya ketika dihubungi semalam.
Katanya tindakan tersebut menunjukkan Polis Kuala Lumpur sentiasa mengambil tindakan dalam memastikan tiada pusat hiburan di Kuala Lumpur dijadikan lubuk pengedaran dadah.
Dalam operasi itu sebanyak 20 pusat hiburan di sekitar Kuala Lumpur telah diserbu.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jul 19 2022
Gelaran 'doktor' itu digunakan pelanggan untuk suspek kerana kemahiran mereka mencampurkan beberapa jenis dadah sebelum dijual di pasaran. - Gambar hiasan
Vietjet lancar penerbangan terus Hanoi-Kuala Lumpur, tingkatkan kesalinghubungan ASEAN
Syarikat penerbangan Vietjet, mengumumkan perkhidmatan baharu penerbangan terus di antara Hanoi dengan Kuala Lumpur.
#AWANIRingkas 23 November 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 23 November 2024
1️⃣ Selepas 14 tahun, kapal perang Amerika kembali ke Malaysia
2️⃣ SFC sahkan penemuan bangkai ikan paus di Triso
3️⃣ JAIS akan ambil tindakan tegas terhadap pemungut tanpa tauliah
#awaniringkas
1️⃣ Selepas 14 tahun, kapal perang Amerika kembali ke Malaysia
2️⃣ SFC sahkan penemuan bangkai ikan paus di Triso
3️⃣ JAIS akan ambil tindakan tegas terhadap pemungut tanpa tauliah
#awaniringkas
Video lelaki menyerupai wanita didakwa memalukan bola sepak Kedah
KDA FC perlu memberikan penjelasan berhubung video promosi yang memaparkan pempengaruh seorang lelaki menyerupai wanita dalam kempen menarik penyokong hadir.
JAIS akan ambil tindakan tegas terhadap pemungut zakat tanpa tauliah
Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) akan bertindak tegas terhadap individu atau mana-mana pihak yang memungut zakat di negeri itu tanpa tauliah daripada Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).
Selepas 14 tahun, kapal USS Abraham Lincoln kembali ke Malaysia
Kapal pengangkut pesawat kelas Nimitz, USS Abraham Lincoln (CVN 72), berlabuh di Malaysia pada Sabtu untuk lawatan pelabuhan berjadual kedua semasa penugasannya bagi tahun 2024.
Serangan udara Israel bunuh 4, cederakan 23 di Beirut - Kementerian Kesihatan Lubnan
Serangan udara Israel di Beirut pada Sabtu, membunuh empat orang dan mencederakan 23 yang lain.
Tiada bukti pencemaran Pantai Esen disebabkan penambakan
Siasatan masih dijalankan termasuk ujian makmal sampel yang diambil di kawasan berkenaan oleh agensi berkaitan.
MCMC diminta teliti saluran notis bencana tanpa perlu lalui SMS - Fahmi
MCMC telah diminta untuk meneliti satu saluran notis bencana secara terus kepada penduduk tanpa perlu melalui Khidmat Pesanan Ringkas (SMS).
PM berseloroh ambil gaji tahun depan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini secara berseloroh menyatakan beliau akan mengambil gaji bermula tahun hadapan.
11 mangsa ditempatkan di PPS Segamat
Johor menjadi negeri seterusnya dilanda banjir susulan Monsun Timur Laut.
Polis tahan tiga 'doktor' dadah
Ketiga-tiga suspek berusia lingkungan 20an dan 40an terdiri daripada seorang warga tempatan dan dua warga asing.
Polis tahan tiga lelaki, rampas dadah lebih RM1.5 juta
Mereka ditahan di kawasan tempat letak kereta di sebuah pasaraya, Jalan Klang Lama dan sebuah kondominium di Puchong.