Polis tahan suspek dera kanak-kanak di Klang (Video)

Astro Awani
Disember 12, 2012 06:34 MYT
Polis menahan seorang mekanik berhubung kes dera kanak-kanak di Klang, Selangor.
Suspek berusia 32 tahun itu ditahan susulan penyebaran video di lama sosial Facebook menunjukkan suspek mendera kanak-kanak berusia tiga tahun. Video berdurasi hampir sembilan minit itu dipercayai dirakam beberapa hari lalu.
Polis dalam kenyataannya menerusi laman Facebook mengesahkan suspek merupakan bapa tiri kepada mangsa.
Dia kini disiasat di bawah Seksyen 31 (1) (A) Akta Kanank-Kanak 2001.
Sabit kesalahan dia berdepan hukuman penjara tidak lebih 10 tahun atau denda tidak lebih RM20,000 atau kedua-duanya sekali.
Mangsa kini dirawat di Hospital Tengku Ampuan Rahiman dan berada di bawah pengawasan pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat.
Video tersebut dimuatnaik oleh pengguna Facebook Vasu Amaithi Padai dan menerima hampir 17,278 tontonan setakat ini.
Sebahagian besar pengguna menyuarakan kemarahan dan menuntut pihak berkuasa menghukum pelaku dan juga individu yang merakam perbuatan tersebut.
#dera #Kanak-kanak #Klang #polis
;