Polis tahan reman suspek bunuh ibu saudara dan adik lelaki

Bernama
Oktober 3, 2016 14:55 MYT
Anggota polis mengangkat mayat yang ditemukan dalam kejadian amuk dan bunuh membabitkan seorang lelaki dan seorang wanita di Kampung Lanai, Kupang, pada Ahad. - fotoBERNAMA
Polis menahan reman suspek utama yang dipercayai membunuh ibu saudara dan adiknya yang lumpuh dalam satu kejadian amuk di Kampung Lanai, Kupang dekat sini semalam.
Ketua Polis Daerah Baling Supt Sharifuddin Yusof berkata perintah tahanan reman terhadap suspek lelaki berusia 32 tahun itu dikeluarkan Majistret Mohd Izmi Ibrahim di Mahkamah Majistret Sik, pagi tadi.
Dalam kejadian kira-kira 9.50 pagi semalam, seorang lelaki yang juga pesakit mental, bertindak memukul adik lelakinya yang lumpuh dan ibu saudaranya sehingga mati.
Suspek mengambil alat pemarut kelapa dan sebatang kayu untuk memukul adiknya, Mohd Azwan Wahab, 25, hingga mati, manakala ibu saudara suspek, Rokiah Abdullah, 54, turut maut apabila dihentak pada kepala menggunakan sebiji bata ketika cuba membantu meleraikan keadaan. -- BERNAMA
BACA: Amuk: Polis tahan suspek bunuh adik dan saudara
#Baling #bunuh #pesakit mental #reman #suspek
;