Polis tahan Rayer bantu siasatan kes PPS

Astro Awani
September 1, 2014 19:33 MYT
Polis tahan Rayer bantu siasatan kes PPS
Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Sri Delima, RSN Rayer didakwa di mahkamah di bawah Akta Hasutan, ditahan hari ini dan diiasat di bawah Akta Pertubuhan.
The Malaysian Insider melaporkan Rayer ditahan polis berikutan tangkapan atas anggota Pasukan Peronda Sukarela Pulau Pinang (PPS) semalam.
Perkara tersebut disahkan oleh Ketua Polis Daerah George Town ACP Mior Faridalatrash Wahid petang ini.
Rayer merupakan salah seorang peguam yang membantu anggota Pasukan Peronda Sukarela Pulau Pinang (PPS) yang ditahan semalam, hadir ke balai polis memberi kenyataan pada jam 3 petang dan terus ditahan lapor The Malaysian Insider.
#Pasukan Peronda Sukarela #PPS #pulau pinang #RSN Rayer
;