KOTA BHARU: Polis telah menahan seorang pesakit mental dipercayai individu yang melakukan perbuatan tidak senonoh dan lucah dalam keadaan separuh bogel di sebuah kedai menjual telefon bimbit di Jalan Pintu Pong, di sini, semalam.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kelantan ACP Wan Khairuddin Wan Idris berkata tangkapan terhadap lelaki berusia 26 tahun itu dilakukan di tempat kejadian selepas pihak polis menerima panggilan daripada seorang wanita yang merupakan jurujual di kedai berkenaan.
"Dalam kejadian kira-kira jam 2.30 petang, semasa pengadu bersama dua rakan sekerja berada di kedai tersebut didatangi seorang lelaki yang tidak dikenali dengan memakai t-shirt berwarna merah dan tidak berseluar serta cuba memegang pengadu.
"Susulan itu, pengadu bersama rakan sekerja keluar dari kedai dan terus menghubungi pihak polis. Pengadu dan dua rakan sekerjanya tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya ketika dihubungi hari ini.
Mengulas lanjut, Wan Khairuddin berkata suspek yang tinggal tidak jauh dari lokasi kejadian mengalami masalah mental serta kemurungan sejak awal tahun ini.
"Lelaki terlibat juga dikatakan baru seminggu dibenarkan pulang ke rumah dari pusat rawatan," katanya sambil menambah suspek telah dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II, di sini, untuk pemeriksaan dan rawatan lanjut.
Beliau berkata kes akan disiasat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan kerana perbuatan mengaibkan penghormatan.
Terdahulu, tular dalam aplikasi WhatsApp, satu rakaman kamera litar tertutup berdurasi lebih dua minit memaparkan seorang lelaki tanpa memakai seluar berkelakuan lucah dan cuba menyentuh tiga pekerja wanita di kedai tersebut.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 11 2021
Suspek yang tinggal tidak jauh dari lokasi kejadian mengalami masalah mental serta kemurungan sejak awal tahun ini. - Gambar/ Media sosial
Tumpuan Selasa – 26 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (25 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
'Kakak' dan 'adik' sihat...sambut kelahiran 100 hari
Pasangan kembar panda yang dikenali 'Kakak dan 'Adik' yang pertama kali dilahirkan di Hong Kong dikhabarkan membesar dengan sihat dan cergas dibawah jagaan Taman Hidupan Liar wilayah berkenaan. Perkhabaran itu diumumkan Taman Hidupan Liar Ocean Park Hong Kong bersempena dengan sambutan kelahirannya kedua pasangan itu yang kini berusia 100 hari sejak dilahirkan pada 15 Ogos lalu.
Penduduk rungut sesak nafas, gatal tekak akibat jerebu Delhi
Penduduk yang tinggal di New Delhi, India mengadu sakit tekak dan sesak nafas akibat kualiti udara yang semakin merosot di bandar itu. Kualiti udara di bandar yang dinamakan sebagai bandar paling tercemar di dunia pada tahun 2023 itu kini masih kekal pada paras merbahaya dengan indeks bacaan kualiti udara (AQI) 688 setakat pagi Isnin.
Iran mahu hukuman mati untuk Netanhayu, Gallant
Hanya hukuman mati setimpal untuk Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanhayu dan Bekas Menteri Pertahanannya, Yoav Gallant atas jenayah mereka di Asia Barat, kata Pemimpin Iran, Ayatollah Ali Khamenei.
Polis lepaskan gas pemedih mata kepada penyokong Imran
Polis daerah Attock di barat laut Pakistan terpaksa melepaskan gas pemedih mata bagi menyuraikan ratusan penunjuk perasaan yang mengadakan protes membebaskan bekas perdana menteri Imran Khan pada Isnin.
Pesawat kargo DHL terhempas di Vilnius
Polis Lithuania tidak menangkis serangan pengganas boleh menjadi punca kepada nahas pesawat kargo DHL terhempas berhampiran lapangan terbang Vilnius pada pagi Isnin. Nahas itu seperti yang disahkan oleh Ketua Polis telah mengorbankan seorang individu dan mencederakan tiga yang lain, yang kini masih ditempatkan di hospital untuk menerima rawatan.
Datuk Seri Vida lantik peguam selesai isu sitaan & hutang
Datuk Seri Vida atau nama sebenar Hasmiza Othman berkata akan melantik peguam bagi menyelesaikan isu berkaitan tuntutan hutang dan sitaan melibatkan aset mewah miliknya.
Beliau dalam kenyataan di laman Instagram miliknya pada Isnin berkata, beliau mengambil perkara ini dengan serius dan memberikan sepenuh perhatian terhadap isu dibangkitkan.
Beliau dalam kenyataan di laman Instagram miliknya pada Isnin berkata, beliau mengambil perkara ini dengan serius dan memberikan sepenuh perhatian terhadap isu dibangkitkan.
Kahar: Kapla High Council bakal cetus fenomena baharu?
Wartawan Ridauddin Daud menemubual beberapa pelakon Kahar: Kapla High Council ketika tayangan perdana pada Isnin.
Tidak akan terburu-buru, perlu kajian mendalam
Kerajaan tidak akan terburu-buru dalam meletakkan syarat tambahan bagi pembaharuan lesen memandu kepada warga emas.
Polis tahan lelaki tular aniaya kucing
Polis menahan seorang lelaki di Jalan Klang Lama petang semalam kerana disyaki melakukan penganiayaan terhadap seekor kucing.
KPT serah kepada polis siasat dakwaan pensyarah hina Nabi
Zambry berkata pihaknya telah meminta siasatan segera termasuk satu laporan lengkap mengenai insiden berkenaan sejurus isu itu tular.
Polis minta bantuan orang ramai kesan dua remaja perempuan hilang
Kedua-dua remaja berkenaan ialah K. Rimashini, 15, dan Nur Adleena Batrisyia Mohd Saiful Nourman, 16.
Polis siasat kereta pengiring VIP rempuh kenderaan awam di Lebuhraya PLUS
Pengarah JSPT Bukit Aman Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata pihaknya telah menerima maklumat berhubung insiden berkenaan.
Lee Lam Thye seru PDRM rombak latihan, utamakan nilai, etika dan integriti
Tan Sri Lee Lam Thye menyatakan sokongan terhadap kenyataan Ketua Polis Negara berhubung cabaran semasa yang dihadapi pasukan polis.
Polis tahan tiga lelaki disyaki terlibat kes ragut di Subang Jaya
Seorang daripada lelaki tersebut direman tiga hari hingga 18 November manakala dua lagi direman sehari.
Lewat daftar masuk penerbangan punca pergaduhan di KLIA Terminal 1 - Polis
Akibat selisih faham itu, berlaku pergaduhan kecil dan petugas syarikat penerbangan berkenaan mengalami kecederaan ringan.
Sri Lanka kerah 90,000 anggota keselamatan untuk Pilihan Raya Parlimen
Pasukan keselamatan dikerah mulai Selasa untuk pastikan pilihan raya berjalan bebas dan adil, setakat ini tiada sebarang aduan serius diterima.
Mayat ibu dalam peti sejuk beku: 'Suspek keluar 3 kali dalam tempoh dua minggu untuk cari makan' - Jiran
Bahagian depan halaman rumah suspek dalam keadaan bersemak dan tidak terurus.
Kes kehilangan beg berisi RM1 juta tiada unsur jenayah - Polis
Siasatan polis mendapati kes itu lebih berbentuk kecuaian dari aspek pengendalian ketika menutup pintu van, bukannya satu komplot untuk mencuri.